CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

20 August 2008

RINDU PADA KELUARGA

Hari ni adik aku mengibarkan jalur gemilang kat dungun. sempena pengisytiharan dungun sebagai BANDAR DUNGUN. banggalah orang2 dungun pahni. haha. mak kata epul kibar bendera, pastu dia akan buat persembahan zapin gak sekejap. sayangnya aku tak dapat tengok. nak sangat tengok adik aku yang merupakan inspektor sahhaaabb....tu menari macam mana. hehe. dia tu kadet polis kat sekolah. hari minggu selalu gak pergi menembak dalam hutan. tapi bila musim kahwin, selalu orang jemput dia suh bersilat kat majlis kahwin..kalau kat sekolah, zapin...tak sangka plak adik bongsu aku ni berminat dengan aktiviti2 macam ni..ikut jejak langkah kakak dia nan satu lah ni hahaha...

Hari-hari menghitung hari…Nak balik. Nak keluar dari kampus ni. Bukan benci. Tapi nak ruang baru. Nak udara baru. Nak cari semangat baru. Tapi tak dapat. Alih-alih kuar gak dari kampus. Ambil udara kat pasar malam hari Rabu tu. Ada skali ambil udara kat sungai pisang. Geng2 kata, “setiap ahad kita kena datang sungai ni sebab ni terapi sungai”.Boleh tenggelam timbul, boleh ‘berenang-renang’ walaupun tak bergerak bebas sangat.Tapi rasa kekusutan atau cas2 negative dalam badan tu kuar sama dengan kocakan air yang begitu rancak! Wah, jiwang plak aku. Takpe, sir kata nak jadi anthropologist memang kena ada salah satu sifat ni-jiwang2 sikit. Haha Apa yang aku merepek ni, Ni namanya release tension..

Blog aku…tempat aku catatkan apa aku punya suka(wah, macam tak puas hati jekr! hehe)..Tak kira apa…Blog….Mujhe haq ke hei….Pasti izzah gelak ni.Dia suka sangatlah lagu Hindustan ni. oooppss maaf izzah, hilang keizzahanmu. main2 jer...Oklah, terpaksa pergi dulu. Malam ni aku handle talk kerjaya. Lusa juga aku committee talk kerjaya. Kenapa segalanya berkait dengan kerjaya akhir-akhir ini?

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button