CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

14 August 2008

UJIAN DUNIA

Nak kongsi kegembiraan...
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Aku dah berjaya dapat lesen P kereta!
Pagi tadi pergi retest.
part bukit, parking dan 3 penjuru.
pergi kul 8.30, dalam 10pagi dah habis.
alhamdulillah dapat masuk kelas kul 11 dan kul 12.
actually kelas kul 11 nipun aku dah bagitahu madam siap2 aku nak ponteng.
aku ingatkan madam mungkin sedikit marah.
sebab madam strict sangat bahagian attendance.
tapi sangkaanku meleset.
madam siap bagi kata-kata semangat lagi supaya aku lulus dan cool bila diuji.
thanx madam!

kelas EAP kul 8pagi terpaksa aku ponteng.
tapi dah sms kat sir dan pesan kat classmate, si farrah untuk inform jugak.
maklumlah kelas 2 jam.
lagi 2 weeks nak kena ponteng lagi.
test motor plak.
huhu.
hopefully sekali jelah lagi ponteng kelas hari rabu nih.
perkenankanlah Ya Rabbi....

TERIMA KASIH KEPADA MAK ABAH
SEBAB BANYAK BANGI SOKONGAN MORAL DAN FULUS :)
TERIMA KASIH KEPADA TEHA.
SUDI JADI 'LESEN-MATE' WALAUPUN KAK IN KUAT MEMBULI TEHA.
TERIMA KASIH KEPADA ATOK MAJID.
SELALU SURUH BACA SURAH AL-IKHLAS SEBAB AKU KUAT SANGAT DARAH GEMURUHNYA.
TERIMA KASIH KEPADA CIKGU ZZ.
SEBAB SABAR MENUNJUK AJAR DAN SABAR JUGA DENGAN KARENAH ANAK MURID YANG SUKA LAWAN CAKAP CIKGU :)

rasa lega dah settle hal lesen.
dalam beberapa bulan lagi abang nak kahwin.
aku rasa tanggungjawab menjaga keluarga tu lebih kepada aku pula lepas ni.
memang abang still tinggal bersama kami buat sementara waktu.
ni syarat mak letakkan.
dah kahwin kena duk ngan mak dulu for several months.
Nak rapat dengan menantu lah katakan...
akupun akan dapat merasa mempunyai seorang insan bergelar ''kakak''.
macam mana agaknya ye.
selama ni aku je anak perempuan dalam rumah tu.
nanti ada ''kakak''.......
mesti lain sikitkan.
hehe ad unsur2 jeles disitu..ish3..tak baik betul!
tentu fokus abang aku lepas ni lebih kepada kehidupan dan masa depan keluarga barunya nanti.
dan aku, anak kedua, merasakan bertanggungjawab pula huhu.
so lepas-lepas ni kalau ada apa-apa ke,dapatlah aku drive kereta yang tersadai di rumah tu tanpa rasa takut lagi kepada JPJ or polis trafik. heheh
boleh hantar adik pergi tuisyen.
boleh teman mak pergi pasar.
tak perlu lagi abang nak bangun pagi-pagi dan bawa mak.
boleh bawa family jalan-jalan.
boleh pergi pantai tanpa perlu suruh abang bawakan.
boleh hantar tok wan sampai kampung.
tak perlu lagi tok wan naik van sapu dari bandar kemaman- seberang tayor.
kesian tok wan.
walaupun van tu hantar sampai tangga rumah, aku tetap tak sampai hati tengok tokwan naik van.
apatah lagi kalau naik bas huhu..
sedih...

cakap pasal sedih, walaupun pagi tadi sangat gembira dengan urusan yang Allah dah mudahkan tu, kehadiran pelangi hanyalah sementara.
bak kata sudirman,
engkau tiba bagaikan pelangi..tak bercahaya namun kau berseri.. tapi cukup menghiburkan hati ini...
huhu..
kenapa sedih?
sebab ada masalah dengan manusia...
ya, aku kalau masalah dengan manusia ni, akan rasa tak tenang hidup..
orang kata kalau masalah dalam hubungan dengan manusia,
periksa hubungan dengan Allah macam mana..
innalillah.. astargfirullah....

apapun, aku yakin, masalah ni sementara cuma.
Allah menguji aku dengan masalah sebegini.
bukankah ujian mematangkan fikiran- kata sahabatku.
inshaAllah, aku mampu hadapi.
cuma aku perlukan sedikit kekuatan.
dan kekuatan itu datang dariNYA....

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button