CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

07 July 2008

Kembali kepada fitrah.

Assalamualaikum kawan-kawan. sihat? harap-harap sentiasa sihat, tenang dan sabar dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Soalhati mohon maaf, buat sementara waktu ni, mungkin soalhati akan 'jaghang-jaghang' update blog( ada ke pengunjung tetap 'rumah' soalhati ni?). Soalhati dah mula sem baru pada hari ini. Tambahan pula di lab sekarang ni tak dapat nak buka blog! Sedih betul! Kelas soalhati dari isnin-jumaat. Selama ni soalhati berusaha keras untuk mengelakkan kelas pada hari Jumaat. Namun begitu, sem ni usaha soalhati tak berhasil. Memang tak dapat elak dah. Antara subjek-subjek yang bakal soalhati pelajari pada sem 1 ini:

1) Contemporary Muslim Society
2) Social Anthropolgy
3) English Academic Purpose
4) Criminology
5) Sociological Thory III
6) Islamic Ideology & Muslim Society
7) Khat Skill II

Harapnya soalhati dapat mengikuti setiap kelas dengan baik. Al-maklumla, kelas sem ni kebanyakannya bermula 8pagi. Bimbang juga. Kat rumah lepas Subuh baru nak tidur. Memandangkan kedai makan mak yang beroperasi dari jam 3petang hingga 4 pagi. Soalhati pun jadi terbiasa tidur lewat. Agak sukar nak tidur awal dan membiasakan diri dengan jadual hidup yang baru. Orang kata soalhati mungkin mengalami Insomnia. Tapi entahlah.


Ok, sekian dulu buat masa ni. Selamat menempuh sem1 buat sahabat-sahabat sekampus soalhati. Moga segalanya kheir, inshaAllah. Buat sahabatku Puan Zaiti Haidar, selamat bergelar isteri kepada Encik Khaled. Semoga dapat membahagikan masa sebaik-baiknya antara keluarga, akademik dan amanah yang masih tergalas dibahu....

2 comments:

shinta said...

Sudah semester berapa sekarang?
Wah...wah..makin sibuk ni....
Semoga Alloh memudahkan belajarnya dan makin bertambah ilmunya.
Daku akan kangen dengan cerita-ceritamu.
Moga sukses selalu! :)

SoalHati said...

mbak,
aku sudah semester 1 tahun akhir(tahun 4).
inshaAllah sem hadapan aku langsung tamat pengajian di sini.ameen...
trima kasih mbak atas doanya. aku harap berterusan doa dari mbak!
moga mbak juga sukses selalu dan bahagia selalu serta langgeng dalam rahmatNYA.

p/s:maaf kalau bahasa indonesia aku gak berapa betul hehe.


.I ♥ Khat.





Grab A Button