CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

10 July 2008

CERITA KITA BERBEZA

Lama saya tak buka friendster. Tadi saya check email yahoo, ada 1 email dari purple_sakura through friendster. Aik pelik ni. Kenapa plak ‘mek’ ni nak bagi emel kat aku? Tapi dalam kepala langsung tak terfikir pasal perkahwinan yang bakal ditempuhinya tanggal 2 Ogos 2008 ni. Jodohnya bersama ex-SHAMS juga. Siapa lagi kalau bukan Tobib saya. Rasanya inilah pasangan pertama yang 1 batch! SPM 2002! Tahniah ye sahabat-sahabatku(awalnya wish). Berderet pula sahabat-sahabat saya yang nak menamatkan zaman bujang tahun ni. Lepas satu, satu masjid terbina. Alhamdulillah. Saya mengharapkan masjid-masjid itu kukuh dan sentiasa hidup dengan NUR ILAHI. Amen..... dan saya? InshaAllah buat masa ni saya akan menjadi tetamu kehormat kepada walimah-walimah sahabat-sahabat saya (Tak ada miss lagi setakat ni hehe)

Ha! Sem ni, kelas saya rasakan agak menarik! Saya ada 7subjek, termasuk skill Khat II. Namun saya bakal 'mengenali lebih dekat dan berkerjasama' dengan 11orang lecturers! Ramaikan? Biasanya kalau ambil 6 subjek, 6 lah lecturers saya. Tapi kali ni sangatlah ramai dari pelbagai lapisan umur dan negara hehe. Alhamdulillah, setakat ni ok. Cuma agak terkejar-kejarlah ke sana dan ke mari. Sehinggakan saya merasakan sakit pada bahagian lutut saya semakin menjadi-jadi. Especially bila saya turun atau naik tangga. Adakah kerana kekurangan kalsium?? Ya, saya memang tak suka minum susu! Mungkin itu salah satu puncanya. Tapi sebentar tadi saya terpaksa juga meneguknya!(berkesanke?dah sakit baru nak minum) Bimbang juga kesakitan ini menjadi semakin parah jika dibiarkan.... Muda-muda lagi dah ada masalah tulang..ish..ish..ish...

Setakat ni, lecturers banyak menceritakan field work yang mesti dijalankan. Contohnya:
Lawatan ke Penjara Kajang under subjek Criminology.
Kempen Kesihatan di kawasan pedalaman Orang Asli, Raub, Pahang under subjek Social Anthroplogy.

Lain-lainnya lebih kepada research dan article review. Ada juga kena ambil gambar di mana saja yang saya suka, kemudian elaborate mengikut kerativiti tersendiri. Sebagai contoh, ambil gambar orang tengah dating, kemudian elaborate gambar tu dari segi morality. hmm... menarik juga saya rasakan! Tapi saya nak ambil gambar lainlah(macam photographer plak). Bab2 dating ni dah selalu sangat diperkatakan:)

Kepada pengunjung setia blog saya, doakan saya ye! Saya mohon dikurniakan kesihatan yang baik dan hidup sehari-hari dalam redha-NYA. Sesungguhnya erti hidup juga ada pada kesihatan yang baik(pesan seorang 'kakak' kepada saya. Terima Kasih 'Kakak'!

Get more Islamic Comments
Get more Islamic Comments

6 comments:

Anonymous said...

Let's join iiumbloggers.com - the central community blog for bloggers among IIUM students.

ixora said...

muge kak 'ain success slaloo...

shahril aley said...

taun ni ramai kawan nak kawin
tapi aku bile lagi?
ermm ntah la

SoalHati said...

tashi...
terima kasih dik:)

shahril aley...
solana glamer tu..:)
moga dimudahkan urusan, teruskan usaha dan doa yg berterusan:)

Anonymous said...

lang sape nak kawen??? macam mana aku tak tahu...huhuhu idotpearl.wordpress.com

SoalHati said...

ish2...yong ni ketinggalan brape zaman ni? haha...
tobib kadir n tobibah zatilla yong.....yong nok gi?


.I ♥ Khat.





Grab A Button