CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

03 July 2008

"Do yang mati dulu"


Assalamualaikum kawan-kawan. Harap semua sihat dan ceria sokmosenyumkenyit

Hmm.. apa nak dikata?(macam XPDC plak)sengihnampakgigi. Sekarang dah 1.40pagi. mata dah mengantuk.ngantuk Tapi rasa sayang plak kalau tidur ni. Sebab dalam 11 pagi nanti dah kena tinggalkan rumah. Kali ni mesti naik bas di Dungun. Pak cik bas tu tak nak angkut orang tengah jalan. Apa da….. menyusahkan orang je. Apa salahnya kalau stop kejap amik aku! marahBukan aku tak bayar tiket tu! Jadi terpaksalah esok pagi abang lari jap dari tempat kerja dia, untuk hantar aku. Thanx ya Badie…

Sepanjang 2 minggu dirumah, apa yang dah aku buat? soalItulah soalan lazimnya ku tanya diri ini. Kira macam muhasabahlah. Macam-macam aku tanya diri sendiri. Dari segi amal ibadat di rumah, berbakti pada ibu bapa banyak mana, ajar dan didik adik ke tak..spend masa berguna ke tak..macam-macamlah. Kesimpulannya? Cuti kali ni oklah. Takdelah aku buang masa sangat. Sebab masa aku selalu di depan laptop! Sampai abang kata “Badi tengok muka ‘Ainpun dah macam laptop!”. gelakgulingApa nak dikata, setiap kali Badi balik kerja, dia mesti geleng kepala tengok aku. merajukAsyik mengadap laptop. Tulah, ssape suh pasang STREAMYX!!jelir Petang-petang sikit, as usual, aku masuk kerja. Tolong mak kat kedai. Sampailah larut malam…senyum

Sepeninggalan aku kali ini, aku turut meninggalkan anak-anak angkat aku.sedih Si Re & Mi. harap-harap Badi & Fequl dapat menjaganya dengan baik. Jangan mandikan selalu, takut dia selsema nanti. takboleMandikan guna pasir dia tu jelah. Perisa Lemon. Menarik tuh. Jangan bagi makan yang pelik-pelik, cukuplah makanan yang ‘Ain dah beli tu. Makanan terbaru, cornflakes tu, nampak dia suka juga. Jadi boleh terus bagi. Tak perlu makanan lain, takut nanti system penghadaman dia terganggu.takbole Rumah dia tu, jangan lupa salin habuk kayu tu.. 3 hari sekali, salinlah. Kesian dia nanti. Letak tuala atas rumah dia bila malam menjelma, tahu jelah rumah kampung, malam lebih dingin dari biasa. Kesejukan dia kalau dibiarkan terdedah. Apa lagi ye? Jangan cuba buat aksi ganas-ganas sangat tau.ketukmeje Dia ada juga pantang larang dalam bermain tu…takut ganas-ganas sangat, dia penat & stress nanti. Selamat tinggal anak-anak angkatku… maaf tak dapat ajak bersama pulang ke KL.. takut kalian mati kekejangan macam si Doblur.

Kesian arwah Do, sampai rumah, dia kejang! Kami sekeluarga tak tahu aa patut buat. Nak bagi renjatan elektrik, tak sampai hati pulanangih. Bagi minum air, tapi lidah Do dah digigit oleh giginya sendirinangih. Macam Do kena sawan!nangih Esoknya, Do disahkan meninggal dunia. Aku gali kubur Do seorang diri. Ahli keluarga lain tak sanggp melihatnya….sedih Tak sampai hati nak mengkhabarkan berita sedih ini kepada aunty2 nya yang selalu menjaganya semasa di kampus... tapi itulah hakikatnya.. "Do yang mati dulu"sigh

p/s: Buat aunty2 nya, aku minta maaf. Gambar tak dapat upload banyak-banyak. Maklumlah diri mereka yang hyperactive, payah betul nak bergambar dengan mereka. Maaf juga kerana lambat memaklumkan kematian Do. Ajal maut ditangan Tuhan...

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button