CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

30 June 2008

Rahmat Ujian

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, ayah kata Oki sudah dipindahkan ke wad. Harini kakinya kene masuk besi. Aku tak tahu sangat term-term doctor ni. angkatkeningPagi tadi aku bangun awal, tengok mak dah tak ada. Ayahpun. Eh, kenapa mak tinggal aku? fikirAku nak ikut jugak tengok Oki… aku cuba bersangka baik. Mungkinkah mak kejut dah aku, tapi aku yang tak sedar?? Ish, takkanlah aku tidur mati… hmm.. rupa-rupanya mak pergi klinik. Mak kurang sihat.sedih Hanya ayah yang ke hospital melawat Oki. Dan aku? Menemani mak dirumah. Apapun, terima kasih kepada bloggers yang turut sama mendoakan keadaan Oki agar cepat stabil dan dikurniakan kecekalan hati menempuh dugaan Ilahi. Pasti ada hikmah disebalik ujian inikan.. betapa Oki harus menanggung kesakitan yang aku sendiri tak dapat bayangkan…nangih ya, sakit itu penghapus dosa. Ujian juga satu cara Allah nak tarbiyah diri kita.. Insha Allah.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)

Dalam kitab-kitab hadith juga, banyak dinukilkan tentang hadith-hadith yang menyebutkan tentang ujian Allah terhadap hamba-hambaNYA.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t."

"Golongan yang paling kuat diuji dengan bala adalah golongan para Nabi, kemudian golongan yang mengikuti mereka dan seterusnya."


Seluruh yang berlaku dalam kehidupan manusia merupakan ujian dari Allah s.w.t., samada dalam bentuk kesenangan atau dalam bentuk musibah. Apa yang penting, kita selaku hamba yang memahami rahsia di sebalik ujian tersebut, kita mesti perlulah sentiasa beradab dengan Allah s.w.t., samada di waktu susah atau senang, dengan kesabaran dan kesyukuran, kerana itulah pintu-pintu untuk meningkatkan darjat kita sebagai hamba di sisi Allah s.w.t.

blurEsok result sem3 akan keluar. Dup dap dup dap.. tapi debaran ni tak sekencang debaran aku nak test kereta hari tu. Dasyat betul aku ni…sengihnampakgigi ku mohon agar segalanya baik! Ameen….doa

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button