CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

18 December 2007

Terima Kasih


Alhamdulillah, apa yang aku nak settle kan sebelum balik raya haji ni hampir selesai. Tinggal nak hantar majalah ke kedai potostat dan confirmkan dengan syarikat printing untuk cover majalah dan calendar 2008 yang mereka nak sponsor tu. Aku harap sangat segalanya dimudahkan Allah. Moga Allah berkati usaha ini bersama sahabat-sahabat yang banyak juga membantu. Akh Irzan,Kak Ros, Little_one, miss_violet, Nad, Kak Naim, Kak Ada, Kak Nida, Nailah, tempe_girl, Kak Qamar,Su, Nabilah, ahshab dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Terima kasih! Moga hasilnya nanti diredhai dan semua mendapat manfaat daripadanya. Ameen…

Nantikan kemunculannya! RM2 sahaja! Khusus untuk sister tapi baik juga untuk brother;)

Paling aku tak sabar nak lakukan bila balikni, aku nak bagi satu bungkusan pada mak. Surprise la konon. (hehe..mujur mak tak tahu baca-baca blog ni) mak dah lama mengidam nak ada menu baru. Menu kat kedai mak tu dah nak hancur aku tengok. Kesian juga. Tambahan lagi harga barang semakin naik, jadi mak juga terpaksa up sikit harga makanan dan minuman. Tapi taklah mendadak. Nanti pelanggan lari pula. Terima kasih banyak-banyak kepada 2 orang sahabat yang sangat membantu dalam menyiapkan menu ni. Arigato gozaimas! Gokurou-sama deshita..antuma memang smart! Hehe..Nanti ana minta tolong lagi ye.

Macam appreciation nite la plak. Jam dah menunjukkan 12.48pagi. tapi mata masih belum mengantuk. Esok kelas 10pagi straight sampai 5 petang. Just rest kurang sejam untuk lunch dan solat zuhur. Akhirnya sem ni aku ambil 7subjek saja termasuk skill khat 1. Aku ambil khatpun sebab ingin memenuhi hasrat abah. Abah nak sangat ada anaknya yang mahir tulisan khat. Kalau ada customer tempah signboard, nak tulisan jawi, bolehlah abah ‘upah’ anak dia je hehe. Hari tu abah suruh aku tulis dalam tulisan jawi untuk signboard “BALAI RAYA KAMPUNG GELUGOR”. Bila tengok semula tulisan aku,uish..hodohnya. memang kena ambil skill khat kali ni! Walaupun hasrat hati nak ambil skill handball..

Aku dah drop subjek Islamic Ideology and Western Ideology sebab takut tak ada mood dah nak pergi kelas. Kelas tu start jam 5-6.20petang. Tak apalah, ambil sem 1 nanti plak. Ambil banyak-banyakpun, kalau rasa tak mampu, baik tak payahkan. Lagipun ada masa lagi..insyaAllah. Kesimpulannya, sem ni aku ambil 17.5credit hours. Of course setelah disusun dengan rapi, tak ada kelas hari jumaat hehehe.. Sahabat-sahabat doakanlah kita semua dapat hadapi sem ni dengan baik. Tak abai study walau sesibuk manapun kita.

p/s: Teringat kata-kata Us.Redha, kita duk sibuk sangat ke hulu ke hilir,berjuang, tapi solat kita macam mana? Kita jaga tak? Tu perkara asas kita kena jaga. Kalau solat tak pas, tak payahla nak sibuk hal lain!
18 Disember2007 1pagi.

8 comments:

Mak Su said...

hai, assalamualaikum, salam kenal (mak su juga ada di http://jamilahyangayu.blogspot.com/)

shahril aley said...

busy betoi la cik soalhati ni. banyak benda hendak dipikir.

Anonymous said...

Tahniah atas penerbitan Hi Sis!!! Moga dipenuhi dengan penulisan berkualiti dan membina minda serta karakter.

SoalHati said...

ok maksu, nani sy link kan maksu nyer blog yer...paksu x datang skali ker? hehehe

shahril aley,
bukan bz betul, buat2 je..kalau tak bz, nanti soalhati buat benda tak pekdah...:p

abg Amin,
terima kasih. teringat lagi abg Amin turut serta meng'check' dlm majalah HiSis! yang 1st..:) masa tu kan sama2 lagi dlm biro tu hehehe

banggugar said...

salam,

tak nak terai post bagi kami satu ke..

hehehe
(",)

SoalHati said...

bang gugar
nak ker? dengar citer kau nak pos2 ni payah alau ke syria...tapi kalau nak in softcopy, mungkin akan dipertimbangkan hehehe

Anonymous said...

ain..majalah 2 mmg terbit setahun skali ke.....? penatnye tunggu keluaran ke 2 :(

SoalHati said...

planningnya 2 kali setahun. tapi bila kami kene stop jap utk help others, tak tumpu dah yg tu..tgk keperluan semasa:) sorry ye kak riah...tkm x cukup n kami mendahulukan apa yg patut..apapun, hope after dis lebih baik hasilnya


.I ♥ Khat.





Grab A Button