Kita tidak kurang tukang angguk, kita tidak kurang tukang geleng, tetapi kita kurang orang yang hendak membuat apa yang diangguk dan mencegah apa yang digeleng.
::Prof. Dr. Zulkifli Mohammad::
Sedap kata-kata ni kan? Tapi bila direnungkan, sangat terkesan dihati. Tak kiralah samaada kitalah tukang angguk atau tukang geleng yang tidak melaksanakan tanggungjawab kita, ataupun kitalah manusia yang menerima akibatnya daripada perbuatan si tukang angguk dan tukang geleng yang tidak bertanggungjawab.

Terutamanya dalam kita beroganisasi. Memang sering kita menerima respon yang baik atau sebaliknya dalam sesuatu mesyuarat atau perbincangan. Ada yang angguk, sanggup untuk menerima tugas tersebut. Ada juga yang awal-awal lagi dah gelengkan kepala. Tanda tak mahu menerima apa-apa tugasan. Jadi apa fungsinya dia berada dalam organisasi? Tak apalah, mungkin dia tahu dan sedar keupayaan dia yang tidak mampu untuk melaksanakan amanah tersebut. Tapi sampai bila dia mahu terus menggelengkan kepala? Sekalipun melakukan tugas yang sedikit cuma.. ramai yang berusaha memberi sejuta alasan, tapi tak ramai yang berusaha mencari walau satu pun jalan penyelesaian..
Ada juga dikalangan kita yang petah berkata-kata. Bermacam-macam idea dalam memberikan pendangan dan cadangan. Tapi bila tiba waktu perlaksanaan, bayang-bayangpun tak nampak. Apatah lagi nak tengok batang hidung. Hanya pandai mencadang dan mengangguk, tapi tak laksana dengan sebaiknya.

Teringat firman Allah;
Besar kemurkaan Allah pada mereka yang memperkatakan apa yang mereka tidak perbuat.
p/s: sama-samalah kita nasihatkan diri dan hati untuk melakuan apa yang kita perkatakan. Telinga kanan dan kiri kitalah yang paling hampir menjadi saksi, mendengar setiap butir bicara dari mulut kita.
4 comments:
salam kehidupan,
seperti cermin kata ramai kita suka menerima tidak ramai yang mahu memberi. Kenapa?.....
saya, bila membaca entri ini saya angguk-angguk. saya setuju sangat.
cermindiri,
bila orang tak biasa memberi, dia tak terasa nikmatnya perbuatan tersebut...
Memang berlambak yg just pandai bg cadangan..Last2 org lain jugak yg kena buat keje..ish3..
Baik tak banyak cakap tapi keje tetap jalan..dari cakap banyak tapi semua yg nak dibuat tu terabai dan tak tersentuh.
Post a Comment