CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

30 December 2007

Sepucuk surat ditujukan kepada...

Selamat Hari Lahir yang ke 22 buat sahabat yang sudah saya anggap seperti adik beradik saya, .::'Alyaa Zahidah Mohd Zuhari::.
Sejak dari darjah 4 lagi saya mengenali insan bernama 'Alyaa. tapi sekadar nama. maklumlah, 'alyaa glamor kat SRP dulu:) seingat saya, saya tak pernah bercakap walau sepatah perkataanpun dengan Alyaa. sekalipun masa darjah 6, kelas kita hanya bersebelahan.

Takdir Allah, saya dimasukkan ke SHAMS. rasa sedih dan sunyi menyelubungi diri. hinggakan berat turun begitu mendadak hehe. tapi dah naik balik :p akibat rindu terhadap keluarga dan tidak biasa berjauhan. namun suatu petang saya tersangat gembira. mendapat perkhabaran bahawa 'Alyaa yang glamor ni juga masuk SHAMS.maklumlah, tak ramai pelajar dari sekolah swasta ni nak masuk SHAMS yang dikenali dengan sekolah agama dan agak kurang kemudahan dan kecantikannya ketika itu bagi saya..hehe..maklumla, sekolah swasta canggih sikit..

Gembira bukan kepalang. walaupun tak pernah bertentang mata bercakap dengan 'Alyaa selama ni, tapi dengan kehadirannya di sekolah tu membuatkan saya rasa ada seseorang disisi. bersama-sama saya menanggung rasa kehidupan baru di asrama dan SHAMS itu sendiri. apatah lagi 'Alyaa kebetulan dapat sekelas juga dengan saya, 1Salman!

Balik kampungpun sama-sama. kebetulan juga, kita tinggal satu perumahan. jadi saya sentiasa menjadi bodyguard 'Alyaa setiap kali pulang. ada saja abang2 bomba yang duk peeewiiitt kat kita setiap kali lalu di hadapan balai bomba menuju ke rumah:)

5tahun di SHAMS kita sama-sama harungi jatuh bangunnya kehidupan kita sebagai pelajar yang agak aktif hehe (perasan plak). 'Alyaa sentiasa disamping saya ketika saya tersangat down dan sehinggakan sukar untuk kembali bertapak di SHAMS. Alhamdulillah,kita akhiri zaman kita di SHAMS dengan penuh saat-saat manis yang bisa mengusik jiwa.

Namun, kita berjauhan kembali apabila saya pindah ke Kemasik. tidak satu perumahan lagi. tapi, takdir Allah.....

Sehingga kini, 'Alyaa sentiasa bersama saya sekalipun berlainan jurusan di kampus ini. alhamdulillah, Allah panjangkan jodoh kita :) moga ukhuwwah yang terbina ini kekal selamanya walau apapun yang terjadi.

'Alyaa, tiada apa yang nak diucapkan lagi, cukuplah sekeping kad mini buatan sendiri untuk 'Alyaa renung-renungkan kata-kata didalamnya:)Semoga Allah memberkati umurmu sahabatku!

4 comments:

musafirah_amani said...
This comment has been removed by the author.
musafirah_amani said...

salam dearest ain..thank you so much for this birthday dedication.I really appreciate it. Not to forget, Thank for being a nice,caring and loyal sister...:) Love you, dear... :)

hakim dirani said...

Tentang sahabat bila anda kisahkan, saya teringatkan sahabat baik saya baru pulang ke tanahair sedih betul.

Setiap orang punya kisah tersendiri bersama sahabatnya, bukan?

Selamat Tahun Baru.

SoalHati said...

musafirah_amani..
sama-sama n love u 2...:)

hakim dirani
kenapa sahabat awk tu?
apapun, stp yg berlaku pasti ada hikmahnya. kita mesti koreksi diri kita dengan setiap perkara yang Allah aturkan..


.I ♥ Khat.





Grab A Button