CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

24 December 2007

Kerja Kuat!

Hari ni rasa kurang bermaya sikit. Ya Allah, esok dah nak balik kampus. Mak saudara ajak balik sekali. Kebetulan suaminya meeting di KL. Tiket dah beli. Tapi tak apalah. Ada kawan husband nya nak beli tiket tu. 2 3 hari ni ramai betul orang kat kedai mak. Aku masuk kerja dalam pukul 6 petang. Terus kerja tanpa henti sampai 12tengah malam. Masuk rumahpun sekejap je untuk tunaikan kewajipan sebagai hamba Allah. Fuh..penatnya. rasa nak tercabut kaki. Lenguh sungguh! Tapi aku respect betul dekat mak.kagum! macam manalah mak boleh bertahan kerja teruk macam ni. Dari jam 3petang sampai ke subuh! Aku takat 4 5 jam dah nak demam. Aku tengok makpun selalu sakit-sakit. Tapi mak kata apa boleh buat, ni aje cara mak nak menyara keluarga…

Walaupun kerja aku sekadar buat air, basuh pinggan sikit-sikit dan tolong sediakan bahan-bahan yang mak perlukan, tapi dengan kerja non-stop tumembuatkan aku rasa letih yang amat. Sampai demam plak hari ni. Mungkin sebab aku dah lama tak buat kerja berat. Yelah, balikpun sekali sekala je. Tapi sekali sekala itulah aku masuk kerja dan kerja bagai nak rak. Sabar..sabar…lagipun baru ni kan raya haji dan kebetulan ada plak perlawanan bola sepak. Jadi ramailah customer datang tengok bola ramai-ramai. Orang luarpun ada singgah dah on the way balik ke destinasi masing-masing.Pelanggan mak paling ramai, mat indon! Sebabnya ada projek kat depan area rumah aku ni. Projek RANTAU MALL.

Dengar cerita, nanti kalau nak pergi shopping, main bowling, dan lain-lain lagi, tak perlu pergi Kemaman dah. Kat Kemasik nipun dah cukup. Ada segala-galanya. Hmm.. entahlah. Aku tak dapat imagine macam mana suasananya nanti. Maklumlah, kawasan ni betul-betul kawasan kampung nelayan. Tiba-tiba dibina semua tu. Agaknya nanti pakcik-pakcik yang baru pulang dari laut, terus pergi Rantau Mall pakai kain pelekat. Hehe… Mungkin juga makin berleluasalah gejala lepak dan anak-anak dara juga mulalah bergaya ‘seksa’. Sedangkan sekarangpun macam-macam gejala dah berlaku kat kampung ni, ada pusat tu nanti entah macam manalah situasinya. Mungkin aku agak berfikiran negative, tapi itulah reality yang berlaku kini. Kat Kemasik ni, aku boleh kira berapa kali aku keluar rumah nak jalan-jalan. Takut. Sebab macam-macam perkara yang kurang menyenangkan dah berlaku. Boleh kata gaya hidup kurang sihatlah disini. Adik beradik aku yang lelaki semuanya pun dah pesan awal-awal . tapi, bukanlah setandang pisang, kesemuanya busuk. Cuma dek beberapa biji pisang yang busuk dan berulat tu, habis satu kampung terima tempiasnya…

3 comments:

syauqah-el-wardah said...

dah agak Ain sgt sibuk balik cuti ni.. Kalau balik weekend pun Ain dah sibuk, inikan pula hampir seminggu berada di kampung...

Baru kita tahu betapa pengorbanan ibu itu terlalu besar.

Mak Su said...

badan dah rasa lega ker?

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

salam...
baru balik dr klinik. tarpaksa gi jugak utk dptkan mc.bukan nak ubat sgtpun hehe..tapi td doc ckp sy ade serius batuk sbb ada darah skit. tapi mungkin sbb luka kat hidung or sbb tonsil aritu..so bukan batuk berdarahla hehe. nauzubillah!

thanx wani n maksu 4 ur concern!

.I ♥ Khat.




Grab A Button