CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

24 September 2007

MENJELANG PRK......NOTIS 1

Hari ini, student dah mula boleh ambil borang untuk bertanding dalam PRK. Tapi apa yang peliknya di UIA ni, suasana sepi saja. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sebarang notispun tiada di sekitar bumi UIA yang terbentang luas ni! Lenguh juga nak mencari notis tu di setiap pelusuk. Manalah tahu, ditampalnya notis tu di tempat yang hanya ‘jin yang lalu situ’(istilah seorang sahabat saya). Dengar cerita, hampir waktu zohor barulah student sedar yang mereka sudah boleh mengambil borang. Itupun apabila ada student yang peka dan cakna, pergi bertanya pada pihak pentadbiran. Mereka kata, mereka dah faks kan notis tu di mahallah-mahallah(kolej kediaman) masing-masing. Tapi diluar ofis pun tiada sebarang notis langsung! Lalu dengan slumbernya mereka kata ‘ha, ajaklah kawan-kawan tu amik borang nii…’(sambil buat muka ‘kerek’ orang kata..) waktu tu, bilangan pelajar yang mendaftarkan diri sudahpun berjumlah hamper 100orang.. aik, macam mana 100orang ni dah tahu? Ke memang dah booking awal-awal lagi? Wallahualam. Akupun bukan reti sangat hal-hal macam ni. Tapi bila aku dengar cerita macam ni, geramlah jugak! Mana ketelusan dan keprofesionalannya pihak pentadbiran? Awal-awal lagi dah wujudkan kekejaman ke atas hak mahasiswa! Tak masuk lagi bila nak hampir PRK nanti..dengan system e-votingnya, selection before electionnya..hm..entahlah. apa nak jadi daa… rasa malas nak mengundi macam ni. Sebab kalau undi pun, macam sia-sia saja!



Di U lain apa cerita? dasyat-dasyat yang saya dengar...

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button