
Ibaratkanlah dengan fasa pengampunan yang Allah tawarkan ini. Sememangnya kita tahu, pintu taubatNYA sentiasa terbuka. Selagi kiamat belum tiba. Tapi di bulan Ramadhan ni, Allah offer istimewa buat kita. Allah buka eluas-luasnya pintu taubat untuk kita. Adakah kita berebut-rebut nak masuk pintu pengampunan yang Allah offer pada kita? Hakikatnya kebanyakan kita sibuk mengejar kebendaan…
Berdoalah semoga Allah ampunkan segala dosa kita selama ini. Juga dosa ibu bapa kita, adik beradik kita, saudara mara kita, cikgu-cikgu kita, sahabat-sahabat kita dan seluruh umat Islam. Bukan setakat kita mohon Allah ampunkan dosa kita, tapi mohonlah jua Allah redhai dan pelihara hidup kita selama ini, hari ini dan akan datang.
No comments:
Post a Comment