CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

24 September 2007

Hari ini dan semalam

Dah hampir seminggu aku sakit nak telan. Ada tonsil. Biasanya, bila ada tonsil tu, tandanya aku nak demam. Bimbang juga. Tapi bila dah makin meningkat dewasa ni, dia tak demam plak. Tapi berlarutan sikit. Rasa nak makan bubur je bila berbuka tu. Alhamdulillah masjid uia kali ni bagi makan sup ayam / daging dengan roti. Jadi lembut jelah bila masuk kerongkong tu. Hari ni, makin teruk nampaknya. Nak nganga luas-luaspun tak boleh. Nak telan, lagi sakit. Ingatkan makin lama dibiar, makin baik. Tapi sebaliknya. Kena pergi kliniklah kalau macam ni. Tapi bila puasa ni, malas sungguh nak jumpa doctor, nak nganga2.. tapi agak menggangu jugalah. Sebab bila meeting, tak dapat nak cakap kuat-kuat, dalam kelas, sure diam je. Paling sakit bila menguap..hehehehe... kene tahan menguaplah macam ni. Ada orang kata, kita kena tonsil ni, salah satu sebabnya, kita tertekan. betul ker?

Semalam, adik dah datang KL semula. Banyak betul bekalan dia bawa dari kampung. Mak yang kirim. Ikan keli, telur ikan, hot dog, udang..fuhh..tak larat nak makan sorang-sorang ni. Roomate plak berbuka dengan pasangannya di luar. Jadi terpaksalah aku buat emergency call pada geng-geng aku yang berada nun dibukit sana... terima kasih Ila, Tengku dan Ummi kerana sudi datang. Kebetulan mereka ada motor pinjam hehe. Jadi laratlah nak datang diwaktu azan makin hampir berkumandang di udara.. alhamdulillah..walaupun tak dapat balik tapi dapat merasa masakan mak=(

Buat sahabat-sahabat yang tak dapat kujemput, jangat terasa tau. Sebab tak nak menyusahkan anda semua. Nanti payah plak nak datang sebab tak ada kenderaan. Lain kali kita berbuka bersama ye. 'Ain belanja makan sup ayam dan roti:)

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button