CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

07 June 2007

Teman hidup

Semalam, sementara menantikan order aku siap, aku pergi bilik tv. Menonton berita tv3 sebentar. Terkejut aku dapat tahu Pak Lah nak kahwin dah. Rasa macam baru lagi pemergian arwah isterinya. Tapi bila lihat semula tarikh arwah pergi, 20 Oktober 2005, aku berfikiran positif kembali. Dah sampai jodoh Pak Lah yang kedua. Suka je Pak Lah sewaktu ditemu ramah. Siap buat lawak lagi. Kelakar juga Pak Lah ni ye. Hati sedang berbungalah katakan...

Aku cuma nak hurai sikitlah. Apabila ada ibu atau bapa yang sekian lama hidup bersendirian, dengan tiba-tiba ibu atau bapa tersebut memberitahu anak-anak untuk berkahwin lagi atau ada yang meminta izin anak-anak, seelok-eloknya selaku anak, usahlah menghalang hasratnya. Bawa berbincang terlebih dahulu. Jika didapati bakal teman hidup ibu atau bapa itu baik orangnya, tiada sebab untuk menolak, terimalah dengan relah hati. Jangan sekali-kali kita sangka yang bukan-bukan. Kita fikir ibu atau bapa sudah tak sayangkan arwah(jika telah meninggal) atau ibu atau bapa telah berubah. Lebih-lebih lagi kalau kita fikir lebih teruk daripada itu. Istighfarlah. Kita perlu faham keperluan ibu atau bapa. Kepada siapa mereka nak mengadu sakit demam mereka. Apatah lagi jika nak-anak duduk berjauhan dari mereka. Lain rasanya jika mengadu pada anak-anak dengan mengadu pada teman hidup. Biarlah mereka berkahwin lagi. Andai itu bisa menenangkan lagi kehidupan!

Semalam alhamdulillah Allah mudahkan urusanku. Aku diminta melukis 3 komik berkenaan THE CHANGING OF MAHALLAH AMEENAH TO BALQIS! AND SAFFIYYAH WILL FOLLOW LETTER ON! Selaku penduduk di mahallah Saffiyah, aku sangat tidak bersetuju. Pada 3helai kertas A4, telah kulakarkan segala ketidakpuasan hatiku! Ku harap usaha ku yang sekelumit ini mampu memberi kesan.

3 comments:

bang_gugar said...

salam,

gumbiranya hati PM kita sekarang ya..

setiap apa pun akan mencari pasangannya..

apatah lagi yg bernama MANUSIA..

hehehehe

(",)

akirasuri said...

Salam.

berbahagialah pak lah dengan pilihan dia. mudah-mudahan. :)

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

betul tu bang gugar..akirasuri..thanx for comment.lama tak nampak;)

.I ♥ Khat.




Grab A Button