CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

14 June 2007

Berjuang berkorban demi...

Assalamualaikum geng-gengku sekalian…

Semalam aku pergi cc untuk print slip exam. Tetapi apa yang berlaku, aku tak dapat tengokpun slip exam tu. Ya Allah..kenapa plak ni. Macam mana aku nak pergi exam esok?
Kepada teman2 aku hantarkan meseg supaya ada yang dapat memberi pertolongan. Alhamdulillah sahabat di Kelantan ada membantu. Aku minta dia online dan jika dapat lihat slip tu, beritahu aku seberapa segera yang mungkin. Tetapi jawapannya menghampakan juga. Memang tak boleh buka pun slip exam tu. Sehingga ke 2.45 pagi dia mencuba. Maaf kerana menyusahkan…

Hari ini, aku menuju ke Main Hall CAC dengan penuh tawakal. Dalam hati aku hanya berkata “Allah tolong aku…Allah tolong aku..” berulang-ulang kali. Doa termakbul! Allah telah memudahkan urusanku. Madam kata “its ok, you can refer to that sister”

Alhamdulillah aku dah lepas satu paper. SOCIOLOGY AND WESTERM IDEOLOGIES. Aku jawab soalan:
2- how does secularism conflict with individualism
3- how does feminist perspective differ from Islamic perspective on women issues?
4- is patriotism a virtue? Discuss.


Semuanya aku goreng sampai rangup dan enak dimakan begitu saja;) Sebenarnya semalam baru aku sampai UIA. Entah kenapa walaupun perjalanan tidaklah sesak seperti biasa, kalau naik bus siang, tapi aku rasa penat semacam je. Asyik nak tidur je. Mungkin juga mata ni nak qada’ tidur yang tak cukup sepanjang 3 hari aku berada di rumah. Di rumah aku tidur dalam 4 5pagi lepas tu bangkit awal. Sebab rasa macam rugi je kalau balik rumah tapi tidur lama-lama. Dah la payah nak dapat balik sekarang ni. Sabarjelah wahai Cahaya Mata. Sejak di awal sem lagi aku dah ingatkan diri aku yang sepanjang tenure ni aku kena banyak berkonban. Tadhiyah orang kata. Teringat lagu hijjaz berjuang berkorban demi cinta.. Berkorban tak balik cuti ketika orang lain syok bercutilah paling payah aku nak laksanakan. Maklumlah aku ni ‘sakit rumah’. Tetapi mujur ada sahabat2 yang sentiasa bagi dorongan. Ada juga aku terima sehelai kertas muhasabah yang tertera di atasnya “Ain, tingkatkan pengorbanan!” Tersentuh aku dengan muhasabah itu. Terima kasih kepada yang peka.

Kadang kala terlintas juga difikiran. Bila orang cakap kita kena berkorban. Masa cuti dll. Kadang-kadang aku rasa macam menzalimi pula hak keluarga aku. Yelah, masa cuti sepatutnya aku ada bersama mereka, tetapi sebaliknya. Macam mana tu? Tidakkah aku tak tunaikan tanggungjawab? Masa cutilah aku berpeluang nak menolong mak di kampung. Menjenguk abah di kedai. Membantu adik2 dalam pelajaran. Tetapi semua itu tak dapat dilakukan sepenuhnya kerana aku ke tempat lain. Menunaikan kewajipan lain.. sehinggakan mak bertanya padaku “ Awak ni sibuk je manjang..bagi kat orang lain keje tu dok leh ke Kak In…”

Apa nak ku kata?




4 comments:

akramhareere said...

sabar yek ain!
akram pun sama...bila akram ckp,"kak de cuti 3 minggu tp balik umah 1 minggu je"
ibu jwb,"hah!seminggu jek?cuti dh panjang naper nk balik kejap jek? bla..bla..bla.xruntuh uia tu klu kamu xde".panjang leterannya.serba salah dibuat nya.ibu jarang meminta..tp nk wat cmner kn..dh tanggungjwb

bisyri said...

moral of the story...print awal2! jgn esk nak exam arini br nk print..itu kalu ikut pesan ibu k.riah le..be prepared 4 d worst..kalu k.riah..satu jam nk exam br print :p

abdul hayyi said...

sabar la 'ain..cobaan namanya tuh.. :)

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

memang semua tu cubaan hayyi..kita yg hadapinya ni kena fikirlah tindakan yg terbaik...dan kadang kala akal ni tak dapat nak tafsir mana satu yang harus aku dahulukan...

akram, 'ain setuju ngan mak akram;p
uia x runtuh kalau akram x de hehehe jgn mare..

kak riah, betul tu. lain kali 1minggu b4 exam kita print!

.I ♥ Khat.




Grab A Button