CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

28 May 2007

Bila diri bergelar isteri


















Assalamualaikum

Khamis -24mei 2007

Agak lama aku meninggalkan rumah baruku ini. Aku pergi ke Pahang memenuhi hak sebagai seorang muslim ke atas muslimnya yang lain. Aku pergi bersama sahabat2ku, Tengku, Ila, mak Zaiti dan of course, Zaiti snd sebagai driver sepanjang masa.

Sampai di Lanchang, Zaiti turunkan kami dirumah Ila memandangkan zaiti akan menghantar maknya ke rumah kakaknya di temerloh. Sangat seronok berada di rumah Ila. Aku rasa macam pergi bercuti plak. Makan macam2 buah2an, bersembang dengan mek ila sampai 3pagi, tengok tv sepuas2nya dan tidur sampai tengah hari. Jangan marah ye Ila dan tengku..

Jumaat -25mei 2007

Awal pagi kami menunggu bus ke Temeroh. Uishh..lamalah jugak menunggu. Plannya, semua sahabat berjumpa di stesen bus temerloh. Dari sana, kita akan bergerak ke rumah kak Es beramai2..tapi apa yang berlaku? Rombongan dari UIA GOMBAK ada yang tak sampai2 lagi. Pukul 4lebih kami kat Temerloh, rombongan tu baru je naik bus di KL. Berapa lama nak tunggu? Akhirnya, sebuah kereta terpaksa belepas dulu. Takut kesian kat sahabat2 tu menunggu lama. Aku dan ila berjalan2lah di Bandar Temerloh tu sementara menanti rombongan..

Dalam waktu isya’ barulah selamat tiba rombongan yang terdiri daripada Cik Izzah n Cik Bah. Kami berkira2 samada nak pergi jugak rumah kak Es atau tak. Separuh dah sampai sana. Kami menumpang di rumah kakak Ila. Atas nasihat orang ramai, akhirnya kami menangguhkan road tour kami atas faktor2 keselamatan. Sangat bahaya menuju ke Felda Kumai tanpa seorangpun lelaki di malam yang kelam dan tiada lampu jalan..kami akur. Namun paling sedih sbila kami dapat tahu yang kak Es akan diijab kabulkan selepas isya. Hibanya hati tak dapat tengok saat yang paling dinantikan itu. Kami lepaskan tension di tepi Sungai Pahang sambil makan burger ayam! Kak Es dah selamat jadi isteri orang…

Sabtu-26mei 2007

530 pagi Ila kejutkan aku. Ya Allah, awalnya bangun..macam nak sahur je ni. Kami bersiap2 dan bersemangat waja meneruskan misi ke Kumai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam. Pertama kali dalam hidup aku pergi kenduri kahwin tapi bertolak pukul 730pagi. Macam nak pergi pasar tani je.

Kami sesat sedikit masa nak cari rumah pengantin. Sampai ke hujung jalan dan disitu terletak kubur orang2 Islam. Ya Alah, insaf seketika. Kami sedekahkan Al Fatihah dari dalam kereta. Pusing2 barulah sampai di destinasinya. Subhanallah,meriah sungguh! Ramai betul orang kampung. Semua ada job scope masing2. hinggakan kami yang sampai awal ni tak tahu nak buat apa. Last2 kami makan pagi dan lepak dalam rumah. Bersembang sepuas2nya, maklumlah, lama juga tak jumpa akak2 yang duk di UIA KUANTAN. Masing2 melepas rindu dirumah kak Es. Sahabat2 muslimin dari UIA KUANTAN pun tiba dengan selamatnya…

akan bersambung...

7 comments:

Anonymous said...

adakah itu kak es?lainnya...

SoalHati said...

ye hayyi..itulah kek es..biasalah..bese kita nmapk mat ni tak bermekap secalitpun...

SoalHati said...

senyum.ade makna tuh hehehe

Sarah Mohd Shukor said...

salam,

eh, tu bukan hazrul isuan ke suaminya tu? Ya allah. keciknya dunia. tu abg saudara sy! dia US grad kan? dan zaiti yg awak sebutkan dlm entry ni zaiti haidar harun ke? yg duduk di temerloh kan? Ya allah. sangat2 kecil dunia ni. Tu sahabat dari drjah 1 smpai form 3! Ila yg duduk di lanchang tu Rabiul Fadhilah ke? Ya Allah. tu bestfren sy dr f1-f3 di alkhairiah temerloh....... salam sy utk diorang semua ye :)

SoalHati said...

ye sarah..kesemua yang anda katakan itu benar;) mereka sahabat saye..yg sentiasa bersama ke hulu ke hilir hehehe..insyaAllah nanti saya sampaikan salam sarah..
tu abg saudara awak? tapi saya tak bercakap pun dengan pengantin lelaki aritu..segan:)

Sarah Mohd Shukor said...

salam,

haah. tu kira dua pupu tu. tp kenal dia pun bila dh di kisas. happened to be he ws my senior 1 yr. sy mmg tau dia akan kawin lepas balik dr US. tp sungguh x sangka, isterinya org kumai =)

SoalHati said...

jodohnya dah ketemu...sarah bila plak? :)


.I ♥ Khat.





Grab A Button