CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

22 May 2007

Bersama SAIFULISLAM


Alhamdulillah semalam aku berkesempatan menghadiri satu program ilmu bersama ustaz Hasrizal. Topik? Agak beratlah juga bagi aku. “MENELADANI KEJTUHAN KHILAFAH OTHMANIYYAH 1924…PENGAJARAN BUAT UMMAH”. Entahlah, memang dari sekolah lagi aku memang tak minat nak tahu tentang sejarah. Apa jua sejarah sekalipun yang diajar. Apatah lagi bila naik sekolah menengah, lagilah aku tak suka. Time cikgu mengajar, aku lukis komik. Mengasah bakatlah konon. Bila tengok result SPM, teruknya sejarah aku. Tapi semalam aku tersentuhlah bila ustaz cakap, ramai yang tak minat belajar sejarah. Hakikatnya, bila kita bosan dengan sejarah, tak suka sejarah, kita sebenarnya menyampah dengan 1/3 Al-Quran. Astargfirullah….

Memang betul ustaz cakap tu. Dalam Qurankan banyak kisah2 tentang orang2 terdahulu, itu adalah sejarah. Tapi ustaz, saya tak suka sejarah yang luar2 ni, yang dalam Al-Quran tu saya suka nak ambil tahu.

Dalam pertemuan semalam, ustaz terangkan secara ringkas mengenai tajuk utama tu. Agak tergesa-gesalah juga sebab nak ringkaskan sejarah yang 600tahun tu kepada 1jam 45minit. Sahabat2 yang nak tahu lebih lanjut pasal topic tu bolehlah lawat website ustaz ye. Saya tak kupaslah kat sini.

Aku perasan semalam banyak kali ustaz ulang ayat ni. Tak terkira itu…(dialog cerita Pendekar Bujang Lapok) ustaz kata: “RESPON TERHADAP CABARAN DAN TEPAT DENGAN CABARAN YANG BERLAKU”. Apa maksudnya? Oklah, senang cerita, macam ni. Dalam hidup kita ni, banyak kali kita lalui cabaran, halangan, dugaan dan sebagainya. Adakala kita sebenarnya mengalami masalah yang lebih kurang sama dengan apa yang telah kita lalui sebelum ni. Atau mungkin yang sahabat2 kita pernah lalui. Tapi ni giliran kita pula. Jadi, kita kena respon cepat2 masalah yang kita hadapi tu. Jangan kita biarkan saja sehingga masalah yang kecil menjadi barah yang sukar diubati lagi. Respon tu pula tak semestinya sama dengan cara sahabat kita atau diri kita sendiri lakukan sebelum ini. Kita lihat dulu pada situasinya. Mungkin kita kena guna method yang berlainan sesuai dengan keadaan kita sekarang.

Apa akibatnya jika kita memberi respon yang tidak tepat dengan cabaran tu? Mungkin sesuatu yang lebIh buruk akan berlaku. Kesimpulannya kita kena kaji dulu masalah atau cabaran tu, jangan stereotype dan usah takut untuk lakukan perubahan yang mendatangkan kebaikan. Sekalipun orang lain tak pernah melakukannya!
















No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button