CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

21 May 2007

My Weekend


Muhammad Danial Haikal di ICU

Aku mohon sahabat2 tolong doakan sepupuku ini. Umurnya nak masuk setahun. Akibat tertelan sebiji kacang yang dijumpai di atas alantai, denial sesak nafas. Agaknya kacang tu tersumbat kat saluran pernafasannya. Mak su bawa denial ke klinik Air Jernih, tapi doctor hantar ke hospital Kemaman. Sampai kat sana, doctor sana plak suruh hantar ke hospital Kuantan. Tak pastilah operate ke tak sebab akibat daripada kejadian tu, paru2nya bengkak. Mak tak dapat berita yang sahih dari tokwan sebab semuanya kalut. Moga2 danial cepat sembuh dan tiada yang tak diingini berlaku. Amiiinnn…..



Kursus bimbingan dan kerjaya.

Alhamdulillah, hari mingguku cukup bermakna. Aku tak membazirkan waktu. Sebaliknya masa ku dipenuhi dengan tangungjawab membantu cik Nurul Izzah dalam urusetia bahagian makananJ penat tu penatlah juga. Mungkin sebab tak cukup tidur kot. Nak ikutkan kerjanya tak lah banyak sangatpun. Bersembang lagi banyak. Usai je segala amanah yg diberikan di sana,kami terus pulang setelah post mortem. Alhamdulillah selamat sampai uia dalam keadaan shy shy goat. Mana tak malu, kereta yang kami naik tu penuh dengan barang2, memang terlebih muatan. Dah rupa macam orang nak pindah umah.(tapi sebelum ni pun dah biasa buat kerja gitu..hehe)..bila berehenti kat stesen minyak, banyak mata menumpu kearah kami..ada yang tergelak..ada yang tergamam..senang citer kiri kanan depan belakang semua pandang kami.yg pakcik isi minyak plak siap perli2 lagi..ya Allah..malunya aku…cepat2lah sampai uia. Malu2 gitupun, memang sakit perutlah duk tahan gelak. Siap babai lagi kat pakcik2 kat stesen tu. Sampai je bilik, aku dinner dan main2 laptop, entah masa bila aku terlelap. Lama plak tu. Bila tersedar, jam dah menunjukkan hampir 11malam.

Perginya Cik Mong yang cute.

2 berita yang tak berapa sedap didengar aku terima. Mak dari kampung menelefonku. Katanya ada 2 perkara mustahak mak nak cakap ni. Aisshh..serius benor bunyinya. Ate ade orang masuk meminang ke..siapakah jejaka bertuah itu? rupa2nya si Cik Mong aku dah hilang. Disyaki di culik budak2 sekolah yang selalu ponteng dan lepak kat kedai mak aku. Depa culik Cik Mong sekali ngan makanan dia. Tinggallah Cik Embon keseorangan kini. Makanan pun Cik Embon terpaksa makan kangkung. Bukan makanan special depa yang penuh dengan kalsium dan zat besi untuk menguatkan kulit kerang dan mempercepatkan proses tumbesaran.
Sedih aku mengenangkan Cik Mong. Dahla dekat sebulan dah tak tengok dia. Alih2 kena culik plak. Aku nak jaga kat uia ni, takut aku menzalimi hak haiwan sebab tak dapat jaga dengan sebaiknya. Maklumlah asyik out station je bla duk sini…takkan nak tinggal depa. Siapa nak bagi makan. Haritu, jiran sebelah tolong jaga kan. Tapi sampai bila nak suruh orang jaga…tu yang aku bawak balik kampung..tapi..huhu….Takpelah…aku harap orang yang ambil Cik Mong tu dapat jaga dia dengan baik sekali. Seperti mana aku, mak, dan ayah menjaganya….penuh dengan rasa kasih.
Abang aku plak berusaha cari pengganti Cik Mong. Tapi tak ketemu. yang ada saiznya tak sama. Terlalu kecil. Takut mati plak dippijak si Cik Embon…Cik Embon tu dah la dah bosar..abang takut cik Embon sunyi tak berteman.




3 comments:

abdul hayyi said...

kesian plak ye cik mong kena culik..nasib baik orang yang culik tu tak mintak wang tebusan..he2.gurau je..

skang ni mcm2 benda org nak curi, rasa berkenan je 'ambik'..teruk betul..

abdul hayyi said...

untuk Muhammad Danial Haikal..semoga dijauhkan dari sebarang perkara yang tak diingini =)

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

kalau dia minta tebusan,baik ana beli 10 ekor lagi cek mongs hehehe tapi mmg sayanglah sebab kita jaga lama dah...
alhamdulillah danial dah ok kini.. syukur....

.I ♥ Khat.




Grab A Button