CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

29 May 2007

Keinsafan disebalik kegembiraan.

Sebenarnya, sepanjang majlis perkahwinan kak Es, ada sesuatu yang sering bermain difikiran. Tanpa disangka, hati rasa sebak. Hati tersentuh. Melihat kegembiraan yang terpancar… Tapi, kenapa mesti aku berasa hiba? Benar kata seorang sahabat..

“Perkahwinan ni dilihat sebagai satu keinsafan… lebih dari kegembiraan.”
Memang aku akui. Rasa syukur menyelubungi bila dapat tahu ada sahabat akan mendirikan rumahtangga. Tak sama rasanya bila kita dapat tahu ada sahabat dah berpunya. Jauh bezanya. Berbeda dugaannya. Bila lihat orang dah berumahtangga, seolah-olah diri juga ingin menamatkan zaman bujang secepatnya. Tapi bila melihat kaum ibu menguruskan anak-anak, terkejar ke sana sini, menguruskan kerjaya dan dalam masa yang sama menguruskan keperluan keperluan suami, anak-anak, ish…mampukah aku?
Mungkin aku bukan tergolong dalam kalangan mereka yang kuat dan berkebolehan menghadapinya. Aku koreksi diri. Aku tahu, perjalanan aku masih jauh. Banyak perkara yang aku perlu lakukan. Banyak amanah yang aku pikul. Yang aku rasa aku tak mampu laksanakannya andai aku berumahtangga di usia ini… Walaupun mak sering bertanya bila aku nak berumahtangga, tapi aku tahu, dalam hati mak, tentu mak inginkan aku berjaya dulu dalam hidup, yakni mampu berdikari dalam meneruskan hidup ni. Mungkin setelah aku ada pekerjaan nanti. Maklumlah, aku seorang saja anak perempuan dan anak perempuan tunggal inilah yang paling jarang berada dirumah. Sejak berusia 13tahun sehinggalah kini. Tambahan lagi, tak salah aku katakan apa yang aku rasa… akulah yang diharapkan keluarga.

Mungkin entry kali ini agak bersifat peribadi, tetapi entah kenapa, aku ingin erkongsi dengan IBS. Setiap kita mempunyai kemampuan, kelebihan dan kelemahan yang berbeza. Andai kita yakin kita mampu hadapi sesuatu perkara itu, teruskanlah dengan sering berdoa kepadaNYA. Agar DIA redha, mudahkan dan berkati urusan kita itu. insyaAllah, kita mampu hadapinya.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya dunia adalah manis dan indah. Allah telah menjadikan kamu sebagai khalifah di dunia. Lalu, Allah melihat bagaimana kamu beramal.” (Riwayat Muslim)


Info:
Abu said al-Khudri
Nama sebenarnya ialah Saad bin Malik al-Ansari. Beliau dan bapanya merupakan antara sahabat Rasulullah s.a.w Beliau tidak meyertai peperagan Uhud kerana masih kecil tetapi meyertai peperanganlai selepas itu. Beliau meninggal dunia pada tahun 64 Hijrah( sesetengan riwayat yang lain mengatakan 74Hijrah)

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button