CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

10 December 2012

34 weeks 3 days

Assalamualaikum.

Lama sikit tak update. Microsoft word aku tetiba aje tak boleh open. Nak buat kerja guna laptop satu lagi. Tak best. Jadi tak ada mood nak mengarang.. ni tengok lama je senyap, tak best plak kalau tak coretkan moment penting dan indah di sini....

Alhamdulillah, kini kandungan dah 34 minggu 3 hari. Baru ni demam, batuk, selesema,teruk juga. Tiba-tiba aje..Masa demam tu, setiap kali nak solat aku mandi. Nak bagi turun suhu..Alhamdulillah, 2 hari je dah baik demam. Allah jualah mengizinkan segalanya berlaku. Kita, ikhtiar selagi boleh :) 

Batuk pun dah seminggu ni, tapi rasa kurang dah sikit..pergi juga klinik akhirnya..tak tahan. Setiap jam berjaga kalau malam-malam..sakit sangat tekak dan dada...huhuu~ Tak dapat tidur lena dan kurang bermaya esoknya. Akhirnya paksa diri pergi klinik. Doc kata "eh awak ni dah dekat dah ni...34 weeks dah.." Yela doc..jangan cakap macam tu..debor ni hehe. Doc nak tengok kaki, malunya, bengkak dan sembap sungguh. hehe..Doc bagi ubat batuk dan ubat alahan(gatal-gatal) untuk kerongkong..memang rasa gatal sungguhlah..macam batuk tak lepas je walaupun dah batuk kuat macam apa...huhu.. Alhamdulillah, sekarang ni kurang sikit. Suka sangat... Bukan apa, bimbang kalau berlarutan, nanti nak bersalin, dah kurang tenaga sebab sakit ni huhu~ Nauzubillahimin zalik. Semoga Allah beri stamina, kesihatan yang baik untukku dan baby..Aameen...Chayyok! Teringat masa trimester pertama, lama juga batuk. Orang kata biasalah tu..ada orang alahan batuk.. ada dalam 3 bulan aku batuk. Tapi batuk kali ni lain sikit, perit sungguh rasa.. encik abang pesan "banyak pahala orang yang sabar". Baiklah, saya insaf....huhuh~

Barang baby.
Alhamdulillah, boleh kata 90% barang baby dah beli. Basic aje. Tak belilah sampai stroller, katil.. beli yang betul-betul basic aje dulu. Walaupun ada sale sana sini, tapi tak sedap hati nak complete macam baby dah ada depan mata... semua mendoakan kebaikan kan..tapi bagi aku, biarlah dah lahirnya ke bumi nanti, baru nak beli lagi mana yang perlu. Encik abangpun setuju... jadi yang basic tapi belum beli hanyalah : tilam baby..yang list lain dah beli.. Aku ada tengok FB, cantik2 juga tilam baby, ingat nak order online je. Lain-lain semua dah beli dekat Perak & Terengganu..Kat Terengganu beli dengan mak dan kak ira..my sis in law. Senang ajak orang yang berpengalaman shoping bersama..:) Punyalah banyak barang baby jual kat KL ni, ke kempaung halaman juga menjadi tempat kutuju..hahaha... Lepas bersalin nanti, inshaAllah, bolehlah belajar-belajar beli sendiri plak :) Terima kasih banyak-banyak kat Mak sebab belanja semua barang baby masa beli kat Kemaman..kami terharu sangat......

Semalam dah basuh semua pakaian baby..hari ni proses melipat, bahagikan mana yang nak simpan dalam box dan dalam beg yang stanby letak dalam kereta... List semua aku google2 blogger dan website lain. Alhamdulillah, mudah saja :) Cuma, barang mak baby belum settle...urm...tak banyak mana, tapi boleh tahanlah harganya utnuk mak baby berpantang nanti huhu~ Tak mengapalah, itulah harga yang perlu dibayarkan.. :)

Oh ya, ingat nak beli juga 1 set bakul2 baby tu..boleh letak pakaian dia semua...tapi fikir-fikir balik tak jadilah. Lebih selesa letak dalam box yang ada penutup.. jadi habukpun kuranglah kan daripada letak dalam bakul terdedah macam tu :) Box aku beli kat ikea je..lutsinar..simple dan berpatutan harganya. Size kecil rm15. Size besar rm30 :)

Ok, nak sambung sikit buat kerja rumah..Nanti aku nak kongsi pasal antenatal check up dengan Dr. Asmah Yun :)
cute tak? Penyangku cute tu saya beli kat Daiso The Curve...oh, banyaknya cute things kat sana! huhu

yang ni pun sama...

bergantungan di dalam bilik hehehe

2 comments:

Zana Ariana said...

wah..banyaknya..dah ready nmpknya..mesti dah tak sabar kan ain..moga di permudahkan Allah ye.K.nana pun x sabar nk tgk org baru..:)

SoalHati said...

sikit2 je kak nana...beli 3 helai stp jenis...baju tidur, baju siang, baju blubang..hehe. doa deh kak nana..bulan depan doh...huhuhu

.I ♥ Khat.




Grab A Button