CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

20 November 2012

31 minggu 4 hari

Nak update tapi nak buat short form je:) 

Alhamdulillah majlis doa selamat dah dibuat di kampung mertua, Parit 13 Hutan Melintang Perak. Kuucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mak, abah, adik beradik di sana..Sangat 'bersungguh' majlis di sana..meriah, ramai tamu, pelbagai hidangan..Alhamdulillah.. Sekali dengan tahlil arwah ibu saudara...Al Fatihah buat arwah WakNab..

Barang baby dah beli separuh...Alhamdulillah, lega sikit bila depan mata nampak barang baby. Sebenarnya dah banyak kedaipun aku masuk keluar masuk keluar..hehe..tapi serius tak reti nak pilih. Tak pasti elok ke tak..harga berpatutan ke tak.. balik Perak tu adik ipar yang dah ada anak 2, tanya macam-macam pasal barang baby..hahaha..panjanglah kena berleter sebab tak beli apa-apapun kan..kandungan dah 8 bulan. hehe~ Kesian tengok encik abang kena bebel sama hehehe~ Terus lepas sarapan pagi tu,. bersiap-siap pergi Teluk Intan. Shopping kat The Store. Walaupun panas membahang, kaki ku sembap, ku gagahi jua. Baliknya.....tidur tak sedarkan diri lagi. Orang pergi ziarah kubur arwahpun aku tak pergi..sangat lenguh. Terima kasih encik abang tolong bayarkan semua barang baby tu..banyak pahala abang dapat :)

Khamis dan jumaat ni encik abang ada workshop di Putrajaya...Seronoknya. Lama dah rasa nak jalan-jalan berdua..bukanlah nak pergi jauh sangatpun (Sedar diri tak larat hehe) tapi sekurang-kurangnya ambil angin tempat lain, tidur tempat lain,refreshing sikit :) Sekali bila abang kata ada workshop tu, sangat gembira. Alhamdulillah..2 hari 1 malam, ok lah kan... :))

Jumaat ni inshaAllah balik Terengganu. This will be my last time balik terengganu before beranak nanti. Mak tak bagi pergi mana-mana dah. Ni pun dia tanya banyak kali betul ke nak balik ni..memang nak balik sangat walaupun rasa penatnya travel bila dah masuk 8 bulan ni...huhu~ Nak terbuang air kecil sokmo.. sembap kaki, lenguh badan..sabar ajelah..tak lama dah pun untuk mengharungi semua ini..inshaAllah... :) Balik ni akan stay di kampung lama sikit. Nak beli barang baby dengan mak dan kak ipar sekali. Kalau ikut abang balik KL ahad tu, mesti sangat penat dan tak sempat..jadi abang akan balik KL dulu..... (sedih plak rasa..patut ke tak patut ye biar abang balik KL sorang2..)huhu~ serba salah juga ni..tapi abang kata "its ok". banyak kali kata macam tu. Kita ni fikir makan pakai dia..itu aje :( + siapa nak urut saya tengah2 malam huhuhu~

Oh ye, sabtu baru ni dah pergi check up untuk kali kedua di Pusrawi. Kali ni dapatlah bertemu dan berkenalan dengan doc yang akan membantuku menyambut kelahiran baby ini nanti. Dr Asmah Yon. Alhamdulillah, sangat best doc ni:) Next entry aku cerita khas pasal check up kali ni ye.. btw, kena datang check up lagi 1 hb Disember...makanya, aku kena balik KL awal sikitlah..plan asal tunggu encik abang balik Terengganu bila sampai hujung minggu tu..then balik KL sama-sama..tapi tak dapatlah..dah Sabtu kena pergi Pusrawi balik..Hurm..harap-harap abang/abah dapat tolong hantar aku ke KL nanti. Mak tak bagi aku naik bas..wuhuu~ Betul la kan, apa-apa jadi nanti susah plak seorang diri....

Ok, nanti sambung lagi. Short form la sangat nih..hahahaha. Doakan aku ye!




No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button