CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

02 April 2011

Simple pizza

Semalam mak dah sms pepagi lagi " tak yoh wat sarapan, mok masok doh nasi minyok..". Oh, terbantut hasrat nak memasak.. Memang biasanya hari Jumaat aku suka spend time lepas subuh tu di dapur..Cuba dan reka pelbagai resipi:) Tapi mak dah buat nasi minyak tu, so aku santaplah dulu apa yang ada.. hehe;) Mak aku biasa macam tu, kalau ada apa-apa, beliau akan sms..Maklumlah, time aku tidur, mak aku berjaga lagi dek kerja mencari rezeki. Time aku bangun, mak akupun dah tidur..biasanya lepas subuh mak tidur sampailah zohor.. 

Dalam 11pagi..perasaan nak masak membuak-buak. So terpaksalah masuk dapur juga:)) Resipi Jumaat 1 April adalah; Simple Pizza.Memang rekaan sendirilah ni:)

Bahan-bahan:
Beberapa keping roti
Sos Prego (spageti sos,original)
Mayonis
Cheese
Sos cili
lada sulah
sayur campur
bawang besar 
sosej

Cara-caranya:
Sapukan sos prego ke atas roti. Hiaslah dengan kesemu bahan-bahan yang disebutkan di atas mengikut citarasa anda. Dah siap semunya, bakar dalam ketuhar (aku guna pembakar roti je:) ) selama 5-7 minit sahaja. Then? Ittadakkimaaaasss heheh~

bahan-bahan
Sebelum dibakar

Sebelum dibakar
Sebelum dibakar
Sebelum dibakar
Sebelum dibakar
siap:) 

edisi banyak sayur dan bawang!

khas untuk keluargaku
sekejap je dah habis. Petang tu buat lagi heh

2 comments:

ariana said...

Oh..boleh pakai roti biasa gitu yek Ain..bolehlah cuba:)nampak cam senang..

SoalHati said...

boleh kak..die jadi rangup2 sikit hehe..tapi bila dah sejuk, lembik2 tapi ada rangup2 gak kat tepi.. ecece.. namapun simple kan..tu guna roti tu :)


.I ♥ Khat.





Grab A Button