Assalamualaikum..
Hurm.......banyak juga order felt nak kena siapkan hujung minggu ni.. Semua nak cepat aje walaupun baru je order :P nak kena charge lebih ni! Hehehe~ Tak ada lah.. tapi doakanlah aku dapat buat weekend ni ya. Bimbang juga kalau ada apa-apa hal, tak dapatlah nak fokus mengadap benda alah tu..
Baru habis home tuition ni. Alhamdulillah, tadi ada parent call tanya pasal tuition, nak masukkan anak dia yang bakal menduduki UPSR. Baru tanya, tapi hopefully jadilah:) Problem sikit sebab kat school memang setiap malam ada tuisyen dah..tapi parent tu still nak hantar sebab anaknya agak lemah... Akupun offer untuk hari sabtu. Tak apalah, niat nak menolong disamping mencari rezeki yang halal, lagi bermanfaat untuk masyarakat sekeliling;)
Setakat ni anak murid aku ada 7orang. Target dalam 10orang. Alhamdulillah, memadai dah tu untuk sebuah home tuition. Tak boleh ramai-ramai, tak muat, pening dan tak sempat nak mengajar nanti..Cikgu pun aku seorang je:) Actually kalau boleh tak nak ambil sekolah menengah, pening weh! Hehe tapi finally ambil juga.. Kesian parent tu duk request sangat.. Katanya dah tak ada pusat tuisyen terdekat dah..Kalau ada pun, tak mahu yang ramai-ramai sangat. Tapi aku ajar certain subjek je. Math? Awal-awal lagi tolak..Tak suka! Huhu~
Nak cerita apa lagi? Lama aku tak mengomel kat sini kan.. Lately tengok post macam sayu-sayu je.. Nak buat macam mana, hidup ni macam tulah. Diuji mengikut kemampuan. Ada masa gembira, ada masa berduka. Redhalah.. Duka itu mungkin bertukar kepada kegembiraan akhirat kelak. Allah knows best! INSHAALLAH!
Oklah, nak berundur dulu. Before that, nak kongsi gambar2 aku bersama SYA.....Sayang sangat2 Sya ni.. Sekarang dah panggil Sya dah..lembut dan manja gitu;) Sya masih tak pandai jalan tapi banyak hal2 lain yang berkembang maju kih kih kih.. Dia dan pandai ikut kita cakap..suka sengeh, ketawa..sengeh sangat comel! Macam rabbit hehe dengan gigi yang besar dan dah ada 7 batang. Dah boleh berdiri tanpa pegang apa-apa agak lama tapi still takut untuk melangkah. Sangat suka lagu Maher Zain especially bila mahu didodoikan;) Suka main bola, lego dan masak-masak. Mula-mula beli alatan masak dia, semua dia nak rasa..kuali-kuali pun dia rasa..hehe~ Lepas dia 'masak-masak' tu pandai plak bagi aku rasa heheheh~ Siap suap-suap;)) Sya....makngah sayang Sya!♥
2 comments:
Salam perkenalan :)
Jumpa blog ni dari blog bekas anak murid saya. Bagus niat awak buat home tuition tu. Saya pernah buat part time mengajar tuition di pusat tuition. Rasanya itulah kali pertama&terakhir kot. Serik! Dan yang paling saya tak suka ialah dalam hati timbul rasa kasihan & bersalah pada ibu bapa yang membelanjakan sejumlah wang semata-mata nak anak mereka pandai. Tapi ada antara budak2 tu yg datang untuk suka suki saja. Namun ada jugak ibu bapa yang menganggap tuition adalah tempat yang akan menukar anak-anak mereka dari tak pandai kepada pandai secara magika. Anyway semoga sukses ye.
Dilla, terima kasih:) Betul tu, mmg mula2 berat hati nak caj kat budak2 ni..tapi drpd parent mereka bazir duit beli mainan beratus2, bair manfaatkan utk pendidikan anak2:) Alhamdulillah, so far boleh handle tuition ni..lagipun tak buat tuition semata2,,,bila ada parent request nak slot motivasi utk anak2, soalhati buat jugak:)jadi bukan akademik jelah home tuition an najah ni;))
Post a Comment