CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

19 September 2010

Lebaran ke 9:)

Assalamualaikum

Fuuh...capek banget hari ni. Al kisahnya, beraya tak habis-habis lagi hehe. Tahun ni macam langkah panjang sikit. Maybe sebab sudah mempunyai Si Kassim Selamat. Jadi nak ke mana-mana mudah. Tak perlu menyusahkan orang untuk hantar dan ambil. Makpun 'bising' sebab asyik keluar beraya je:) Last la ni mak..esok kan dah kerja:) Lagipun aku berjalan sakan ni sebab rasa macam nak 'qadha' ' raya pertama yang kurasakan tak berapa meriah seperti tahun sudah..huhu~~~ok, stop it here.

Pagi tadi mengajar tuisyen di SRK. Ramai sangat students datang! 7 orang! Hahaha~ Sampai tak tahu nak mengajar apa lagi sebab 7 orang je datang. Biasanya berpuluh-puluh. Aku ambil 2 students. Adik beradik. Banyak sembang raya juga tadi:) Balik tuition agak tergesa-gesa. Nak tidur.....!!! Mengantuk banget. Semalam dalam 4pagi kot baru lena. Kes ada pakcik sakit mental mengamuk dalam kedai. Siap nak ugut bunuh, mencarut entah apa-apa, sound orang sana-sini..kejap berceramah, kejap marah, kejap minta maaf semua orang. Ada dalam sejam lebih dia duk kedai mak aku. Aku memang dah susah nak tidur semalam. Duk dengar suara dia lagilah tak lena. Berjaga aku takut mak aku diapa-apakan. Adik-adik aku pun sama. Nak bertindak, takut juga...huhu~ Aku call abang. Abang ada kat kedai abah masa tu. Abangpun terus call polis. Yang aku geramnya, polis yang datang tu boleh tengok je dulu. Katanya tunggu pakcik tu mengamuk then baru nak tangkap ramai-ramai..

Masalahnya pakcik tu dah mengganggu periuk nasi mak aku! Ish ni geram ni..Baik tak payah datang kalau setakat tengok dari jauh, minum2 air, sengeh-sengeh.. Abang akupun bertindak. Ambil sebatang kayu. Konon-konon nak marahla..Baru je abang aku sound sikit, dia terus naik angin kat abang aku dan membebel macam-macam. Mak aku tenangkan abang aku. Bimbang dan takut sangat masa tu.. Sekali dia berundur juga sambil marah-marah...Innalillah..macam-macam dugaan! Eh, panjang plak cerita pakcik tak berapa sihat tu huhuhu~ 1st time lah kedai kena kacau dek orang macam ni...habis customer duk kedai sebelah...ketakutan dan keserabutan!

Oklah, ni cerita best plak. Lepas tidur dengan lenanya..bangkit solat zohor dan bersiap-siap nak beraya di rumah Acu Srikandi. Dia dah pulang ke 'tanah air' hehehe~ So, here the sweet memories!

Sampai je terus melihat makanan terhidang
Sopannya..almaklumlah dah kenyang hehe.
Beberapa sudut rumah tuan rumah:)
Sudut bacaan dan kenangan kot nih..hehe
Bonda dan Anakanda2!
Menu yang disediakan Acu Srikandi.
Edisi bubye nak balik..perut kenyang!
TQSM Acu Srikandi!

Lepas solat asar, aku dan Tengku menuju rumah mak buyung! Hehe macam best je panggilan tu:P 'Alyaa nampak tak larat sungguh. Kesian plak. Nak melayan kami lagi. Tapi kamini bukan susah sangat untuk dilayan..sebab pandai layan diri. Ambil makanan sebelum dipelawa lagi hehe~ Terima kasih 'Alyaa dan Hayyi (Suami yang tolong buat air dan sediakan kuih pau). Bagusnya..hehe~ Tahniah untuk anda:P

Dalam jam 6 lebih aku dan Tengku pulang ke rumah. Tengku beraya rumah aku plak. Beraya la sangat...Makan nasi lemak kat kedai dan minum fresh orange je..Sedap dok Ku? Harap anda berpuas hati atas layanan yang diberikan ya?:)) Lainkali sudi-sudilah bertandang di rumah ini lagi:) Sayang Tengku!

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button