CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

10 January 2010

5 tahun sudah...


Alamak...... dek 'kesibukan' menguruskan orang rumah aku yang kurang sihat beberapa hari ni, aku terlupa satu perkara...


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE 5 BUAT 'CATATAN SOALHATI'!


Terlewat wish 2 hari huhu~
 
Teringat plak zaman matrik setiap kali sambut birthday Catatan Soalhati ni. Masa tu aku tengok si Izzah Ulfah duk buat blog. Kan Izzah? Saya ni long term memory kurang sikit. hehe~ Masa tu rasa macam best je ada blog. Rasa macam ada diary digital gitu. Boleh hias2, boleh komen2.. Tak sangka plak makin lama makin rancak menulis dan ada beberapa orang yang mengikutinya. huhu~ Malu seh.. Malu sangat kalau orang datang cakap "Saya baca blog awak.....bla..bla.." Alammak ehh..malunya aku...

Memang Catatan Soalhati ni lebih kepada kisah hidup aku sendiri. Kehidupan aku di bumi fana ni. Sekadar mencatat untuk kenang-kenangan hari tua nanti(kalau Allah panjangkan umur). Setiap kisah tu, aku usaha selitkan hikmah kehidupan. Aku usaha adakan sedikit peringatan. Moga2 yang singgah ke villa ni, dapat sedikit ole2 untuk dibawa pulang:). Aku buat blog nipun, untuk release tension. Kadang2, tak semua perkara dapat diluahkan dengan kata2. Jadi, melalui catatan di sini, rasa release juga. Dapat juga dihemburkan semua sekali. Semuakah? Hehe tak juga..kena simpan sikit mana yang privacy;)

Seronok juga bila boring2, baca semula catatan yang dulu2. hehe. Macam2 perencah ada. Termalu sendiripun ada. Sebab ada catatan tu yang rasanya tak perlu post pun kat sini. Tapi tak pelah kan, tu menandakan transformasi kematangan seseorang kih3. Entry demi entry, memang nampaklah perubahan pemikiran tu. kih3. Nak2 kalau baca entry zaman guna blogdrive & zaman guna blogspot:)

Nak delete blog? Pernah juga terfikir nak buat macam tu. Masa tu ada la kena 'hentam' berkali-kali oleh sesetengan orang ni.. Kononnya membazir masa & tak ada manfaat catatan2 aku ni. Memang 'kehujanan' jugalah aku time tu. Tapi ada sahabat2 setia yang support. Mereka kata 'blog kita, suka hati kitalah! Dia buatlah blog dia kalau dia nak macam tu!' Mereka juga kata ''Ala..catatan peribadi tak semestinya tak ada faedah langsung! Saiful Islam pun ada catatan peribadi juga. Tapi banyak je komen positif dan membina'' Mereka berkata lagi ''Biarlah..dia tak suka baca, tak payahla baca..gi baca buat apa kalau rasa buang masa dia''

Selepas mendapat sokongan moral itu, maka hiduplah catatan ni sehingga hari ini. Alhamdulillah ♥

Oklah, terimalah pulut kuning ni buatmu Catatan Soalhati=)
 




No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button