CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

05 November 2009

Seharian Hujan...

Assalamualaikum.

Hujan dijangka berterusan
Dingin betul malam ni... Eh tak, dari subuh tadi lagi dingin. Kat sekolahpun, saat bersalam-salaman dengan cikgu2 yang sempat aku jumpa, ramai kata sejuknya tangan..Aku memang tak tahan sejuk. Nampak je 'sihat' hehe. Kalau pinjak lantai simen lelama pun, tak tahan. Last2 kaki crem. Hari ni bangun awal sungguh. 430pagi. Mak kejut ajak sahur sama2. Masa bangun tu, hujanpun turun mencurah2. MasyaAllah..lebatnya! Suka plak tengok jalan raya disimbahi hujan lebat macam tu..dengan cahaya lampu jalan yang menguning.. cantik plak view tu.. Tapi fikir2 balik, ish janganlah hujan macam ni nak pergi kerja nanti..takut jugak nak drive hujan lebat macam tu.. :( :( Lepas sahur..aku terus berjaga sampai ke subuh. Bersiap-siap pula untuk ke sekolah. Hantar adik dulu kat SRP. Dia ke Kuala Terengganu lagi minggu ni. Pertandingan tarian lagi.

Alhamdulillah sampai ke sekolah dalam 7.35 tadi. Ramai lagi yang lewat tiba sebab hujan. Tadipun 6.50 aku dah keluar rumah. Bawak slow je.. Awal2 perjalanan dah nampak accident, lemah semangat sekejap. Istighfar banyak2, baca al fatihah, bismillah banyak2..aku teruskan perjalanan. Lagi kecut perut bila aku dikelilingi lori2 besar huhu~ Tolonglah jarakkan sikit.. Memang baca bismillah banyak kali setiap kali nak lalu tepi lori tu.. Sepakat plak deme ni drive ye..

Semalam plak nampak kebakaran. Pagi2 dingin tu ada kebakaran kat area sebelah loji2 petronas tu. Asap hitam berkepul2 ke udara..huuu takut... Memang akhir2 ni ada saja accident aku terserempak masa drive. Tapi aku tak tengok sangatlah dah kereta sibuk2 macam tu..... :(

Nilah dugaan bawak keta kan.. Kalau ikutkan hati nak duduk rumah je. Tak nak drive dalam keadaan macam tu.Kalau drivepun, biar tak ada kereta langsung! hahaha tak logik la plak kan... Apa boleh buat, demi mencari rezeki. Dah memang kena hadapi juga :) Semoga Allah sentiasa lindungi. Aku yakin, mak pun tak putus2 doa sepanjang aku driving. Sampai tak tidur mak unless aku dah selamat sampai ke destinasi. Kasihnya ibu...

Tamat tempoh ganti
Hari ni last day dah kat SKSP. Hmmm.. mungkin sebab dah 'berpisah' dah haritu, jadi perpisahan kali kedua ni macam biasa aje. Tak adalah excited sangat nak bagi apa2 kat students. hehe~ Lagipun budak2 tengah exam, akupun tak ada masuk kelas nak ajar apa2 dah.. Jadi tadi memang berlalu macam tu jelah. Ada jamuan kat pra sekolah. Tapi aku tak memenuhi undanganlah sebab puasa:) Sayang nak berbuka sebab dah susah payah bangun sahur pagi tadi (susah payah tuuu). Terharu plak bila Kak Sah bawak balik makanan sikit ke bilik guru mini tu. Terima Kasih Kak Sah. Kak Sah suh makan bila berbuka nanti :)

Sepanjang berkhidmat di SKSP..aku akrab dengan Kak Sah dan Kak Ipah. Memang kami bertiga ni duk satu bilik tu. Kalau sembangpun, bertiga nilah yang rancaknya. Aku dengan Kak Sah bujang lagi, Kak Ipah la dah kahwin dan dah ada 6 anak termasuk baby dalam perutnya yang aku selalu rasa gerakannya tu:) Suka sangat sembang dengan kak Ipah ni. Dia bercerita sambil bagi nasihat. Of course la banyak hal perkahwinan, keluarga dan seantero dengannya. heheh. Kadang2 ada juga kak Ipah mengadu masalah..tapi almaklum jelah kan, aku ni mana la ada experience alam rumahtangga ni. Cuma ada la pengetahuan sikit2 sebab melihat kehidupan insan sekeliling dan selalu membaca (ecece). Jadi aku cubalah jadi pendengar yang setia dan mencadangkan solution apa yang patut.. Seronok! Rasa matang sikit berfikir :) Berkawan dengan 'mak2 orang' kebanyakkannya.. :) Memamg isu rumahtangga la selalu. Dah borak2 sakan sesama mak orang tu, pesan plak kat aku "nanti buat macam ni.." "jangan macam tu.." "ingat tu 'Ain.." Aku anguk2 ajelah.. :)

Ni dah pengakhiran tahun. Tak mengajar dah la aku. Buat masa ni aku tolong mak kat kedai. Start cuti sekolah nati, inshaAllah nak usahakan kelas tuisyen dengan Zaiti sahabatku. Lama dah hasrat nak buat tuisyen ni, tapi aku merasakan keadaan rumah aku ni kurang sesuai. Last2 angan2 berlalu macam tu je. Sekali Zaiti ajak, teruslah aku setuju. Elok juga. Boleh cari pendapatan sampingan untuk cuti 2 bulan ni :) Tahun depan? Harap2 aku dapatlah kerja tetap sebelum menginjak ke tahun hadapan. Aameen...

Oklah, need to go. Sakit perut seharian hari ni. Tak tahu kenapa. Tolong mak pun kejap2 je. Harap tak dipotong gaji huhu~ Allahumma 'afini fii badanii'' Aameen...

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button