CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

02 November 2009

Budak-budak perah otak

Assalamualaikum geng2 soalhati :)
Hari ni aku tak kerja malam. Kedai tutup. Mak aku sekarang tak cukup pekerja. Mbak Seri dah pulang ke tanah airnya. Tapi dalam 2 minggu je. InshaAllah 5hb nanti dia datang kembali. Wah, elok2 time tu akupun dah tamat tempoh bergelar guru ganti di SKSP:) Harap2 Mbak Seri datang betul2 lah.. bimbang jugak kalau ada apa2 masalah timbul huhu~ Sekarang ni memang kena berkorban lebih sikitlah. Kalau kebiasaan aku masuk kerja jam 6petang-11malam. Bila Mbak tak ada, 4petang aku dah masuk kerja. Habis 11malam kalau weekdays & 12tengah malam kalau weekend. Agak mengantuklah aku kalau hari sekolah tu. Sebab tu bila time balik sekolah, akulah cikgu pertama yang berangkat pulang meninggalkan perkarangan sekolah hehehe. Malu jugak. Tapi apa boleh buat, 'cikgu' ni ada job lain plak :) Sampai rumah je, solat, rehat2 sambil online lalu tertidur sampai 4pm. Begitulah sokmo2:) Tapi aku harap hanya untuk 2minggu ni jelah.... Agak terbantut kalau nak ke mana2.. Sebab petang2 dah kena standby kat kedai...


Walaubagaimanapun, aku bersyukur kepada Allah. Dalam pada masalah pekerja yang meruncing tu, Allah datangkan juga beberapa orang yang datang minta kerja. Ada yang kerja sehari je, esoknya tak datang dah. Ada yang stay sampai hari ni. ALHAMDULILLAH. Yang kekal tu, aku panggil Zul. Classmate adik aku. Dia ni minta kerja sementara sebab nak kumpul duit. Nak buat belanja pergi KL bila cuti sekolah nanti. Ish..ish...ish..bagusnya Zul ni.. Aku sukalah budak2 muda macam ni. Apatah lagi Zul ni setiap kali azan, dia terus stop basuh pinggan, Terus dia minta izin kat aku nak pergi solat.. Sejuk hati :)


Rasa ringan sikitlah bila ada tukang basuh pinggan. Kalau dulu, akulah buat air, basuh pinggan, masak nasi biasa, nasi lemak, goreng ayam, kemas stor..huhu~ penat weh! Non stop! Sekarang ni bolehlah celah2 duduk kejap bila tak ada bil air. Tapi still tak boleh cuti terus sebab tak ada pengganti lagi tukang buat air ni~

Perihal Exam

Siang tadi jaga kelas untuk 2 paper. Matematik 1 dan 2. Hm..alhamdulillah, oklah sebab budak2 yang kelas depan2 ni. Jadi taklah jenuh sangat nak explain macam mana nak buat. Esok dan lusa, aku jaga kelas yang agak lemah sedikit. Bersedialah untuk 'banyak explain benda yang sama berulang kali'. Nak buat macam mana kan.. Jauh sudut hati, rasa sedih mengenangkan budak2 ni. Bila depa tulis tu, macam sekadar 'melukis' je. huhu~ Tak tahu apa yang ditulis. Cara tulispun kurang betul.... Tahun depan dah nak masuk darjah 2..Kesiannya........:(

Ni time exam matematik pagi tadi...Pen Merah! Siap sedia nak tanda kertas hehehe

Perah otak tuu..Kesian plak tengok

Masa rehat cikgu 'Ain suka duk library..Baca2 paper, magazines, books...dengan budak2.

Rajin la pulak mai library time exam ni :)

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button