CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

13 September 2009

CINTA SEMPURNA hanya milik ALLAH

Baru habis menonton cinta sempurna.

Hmm.. tengok kat youtube je. Sebab pukul 3petang tu time kena duk kat dapur, buat kuih hehe. Mula2 dulu tengok cerita tu, rasa something jugak. Especially bila ada ustaz/ustazah yang bagi kritikan pada sesuatu perkara(time dakwah pada Najib/Shila), yang diri sendiri rasa tak benar. Tapi bila tengok dan terus tengok, aku rasa mungkin cerita ni nak tunjuk yang 'ustaz/ustazah' ni pun ada pelbagai jenis. Maknanya, ada yang kita betul2 boleh rely on their opinions, ada yang tak. Ada pendakwah yang tekun & sabar mendidik mad'u, ada yang sebaliknya. Bagus! Harap benarlah tanggapan aku ni :)

Ada beberapa scene yang buatkan hati aku hiba, mata bergenang air mata... Yang aku ingat, part Najib pakai kain pelekat & berlari2 anak nak ikut ayah & pak cik driver pergi solat jumaat. Sukalah. Sebab tu 1st time dia nak pergi solat & dia tak segan2 cakap nak ikut. Macam budak2 pun ada..hehe.

Part yang membuat hati terharu juga, masa Najib nak tembak ustaz Nazir (kesian tengok ustaz Nazir masa ni, betul2 nampak pucat & terketar2..Nyawa dihujung pistol), tiba2 Bilal datang, sahut nama Najib...huhuhuhu~ Berlinangan terus air mata. Bilal tu dah macam ayah Nazir.. Selalu nasihat & dengar masalah Nazir. Memang menusuk qolbulah segala kata2 Bilal. Best jugak kalau dapat kenal Bilal macam dalam cerita ni:) Tapi di mana ya...? hehe

Part yang rasa pelik sikit, pada watak Dr. Najiha. Dari awal episod, respect juga dengan watak ni. Cuma kadang2 ada juga rasa kureng. Part tudungnya, ada yang terlalu singkat sampai nampak seksi plak Dr. Najiha ni. Ada sekali je, yang lain ok lah..Tapi be 'open minded' la kan... Bukan senang nak buat cerita2 islamik yang perfect kan. Lagipun yang berlakon bukanlah yang realitinya sudah bertudung. Walaubagaimanapun, hati terus jadi tak berapa berkenan watak Najiha, bila part last sekali. Bila dah kahwin.. Huhuhu 'perang amat' rambut Dr. Najiha.......

Overall, aku suka cerita ni, sarat meseg. Bukan senang untuk membolehkan dakwah2 kita disampaikan terus di kaca tv, di kaca komputer/laptop(sebab tengok kat youtube hehe) dengan penyampaian berbentuk drama. Ceramah2, program agama, bual bicara.. banyak di television. Semua ni salah satu usaha nak menyampaikan dakwah. Tapi, lagi bagus rasanya kalau usaha2 dakwah seperti 'CINTA SEMPURNA' giat dijalankan. Sebab method dakwah seperti ini(drama/filem), lebih senang 'sampai' kepada yang mad'u (pengikut dakwah).

Kalau tengok cerita2 Melayu lain, kekadang 'entah pape..'. Geleng kepala jelah dengan cerita2 macam tu. Macam buat drama ala kadar je. Oklah, panjang plak komen.. Tak elok jugak asyik komen je sedangkan kita tak menyumbang apa2 hehe. Maaf ye. Tapi ini sekadar komen dari penonton. Moga2 akan lahir lagi drama2 Islamik, yang pendekatannya, lebih DEKAT dengan jiwa masyarakat sekarang :) Tahniah buat Ustaz Hasrizal, Pengarah, Pelakon & semua krew Cerna Media Sdn Bhd :)



Mesti banyak perkara yang pelakon2 pelajari dari cerita ni :)

2 comments:

cheryna zamrinor said...

tak pernah tgk cerite nieh sbb bz sket...tp best ke? kalau astro ulang lagi maybe boleh tgk.

(terjumpa komen anda di blog sha tahun lepas pasal filem sepi...thanks!)

DeLL said...

aah..rambut dr.najihah perang..smalam baru tgk final episode cinta sempurna..huhuu


.I ♥ Khat.





Grab A Button