CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

21 August 2009

Apalah istimewa sangat...

Sukenyer dier....
Danial♥Adib Hazril ♥Wan♥Maizurah


Sedih sangat semalam...

Semalam kedai mak tutup. Memang plan nak pergi kemaman beli barang2 dapur & segala keperluan nak menyambut ramadhan ni. Warong Kak Ma tetap beroperasi mulai 4.30 petang - sahur. After sahur, jangan gatal2 nak order makanan yep! Nanti kena tembak dengan senapang gajah ! :)

Berangkatlah semalam aku, mak dan abang. Naik triton abah. Almaklumlah nak beli banyak barang..(kononnya). Balik rumah wan sekejap. Ambil wan. Sekali, semua cucu2 wan turun sekali. Semua dah siap2 pakai cantik2 nak ikut pergi. huhu~ Semangatnya. Lalu bertambahlah penghuni kereta daripada 3 menjadi 8. Mujur muat. Kalau tak ada kene duk belakang :) Pergi rumah mak mertua abang plak. Saja jalan2. Tak planpun nak pergi, tapi abang kata dah alang2 balik Seberang Tayor, terlajaklah sikit ke Air Putih. Memang putih2 sungguh orang2 disana... hehe~

Balik semula rumah wan sebab nak ambil kain baju wan. Wan sambut ramadhan awal2 ni dirumah kami. Alkisahnya, kesemua sepupu2 aku yang duk ikut2 tadi, semua excited nak balik rumah aku jugak! Sampai rumah wan je, semua pergi packing baju. Siap beg besar satu sorang. Termasuklah yang kecik sekali Danial yang tak tahu nak pack baju tu. Diapun pesan kakak dia tolong bawak baju dia. Dah semangat membara semua nak ikut, sekali mak diaorang tak bagi... huhu~ Semua mengamuk2. Danial pergi tunggu kat pintu pagar,duk jerit2 "cepatlah moklong! cepatlah balik!" walhal kami semua stil duk sembang2 dalam rumah lagi. Si kakak 2 orang dah duduk kat tepi kereta. Allah.. nak ikut sangat dah ni. Tapi maknya bertegas tak bagi anak2 ikut. Kes esok nak pergi Kuantan, beli baju raya awal2. Malas dah nak jalan time bulan puasa.

Ada la dalam setengah jam jugak proses nak memujuk mereka tu. huhu~ Wan ngan mak aku siap bergenang air mata dah.. Tak sampai hati tengok budak2 nak ikut sangat. Lama dah depa nak ikut.......Budak2 tu for sure dah nangis2 dah.. Kadang terfikir jugak aku, apalah istimewa sangat kat rumah aku tu sampai diaorang nangis2 nak pergi sangat... Sampai kata "Biarlah takdok baju raye pung! nok gi umah moklong jugok!" "Ma pilih jelah baju raye mana2 pung! orang dok kesoh!"

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button