CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

23 August 2009

Ni Catatan Soalhati

Assalamualaikum.

Geng2 semua macam mana 1st day of ramadhan? Aku lepas sahur tadi terus menanti azan subuh. After subuhpun aku tak tidur lagi. Aku ambil kesempatan untuk online dengan tenangnya. huhu~ Lepas tu dalam 8pagi baru aku tidur semula. 9pagi nak kena teman mak pergi beli barang2 kedai. Tapi suddenly mak kata tak jadi pergi plak, barang dah ada yang tolong belikan & makpun sangat letih... Bayangkan mak bekerja dari jam 3 petang, sampailah after subuh, tak tidur2 lagi..huhu~ Tambah plak kedai2 sebelah tak beroperasi. Jadi memang ramailah serbu time sahur tu. Aku bangkit tidurpun aku tengok mak aku berjaga lagi, masih gagah masak masakan yang customer order.. Masya Allah...manalah mak aku dapat tenaga tu!

Aku bangkit tidur pagi tadi, bersiap2 ke dapur. Hari ni masuk kerja awal sikit. Banyak benda jugak nak kene tolong kat kedai nih! Mak masak ada dalam 15jenis lauk pauk, nasi ayam, mee kari, dan lain-lain yang sememangnya menu harian kedai.. Tapi time iftar, biasa customer still nak makan masakan panas jugak..

Aku plak buat 1 jenis kuih je untuk hari ni. Puding gula hangus. Aku banyak setelkan tempat2 nak hidang lauk pauk dan lain2. Banyak mengemas la.. Kak iparku buat popia. Wan ku buat onde2. Bolehla 3 jenis kuih je untuk 1st day puasa ni. Nak test market dulu.

Time berbuka tadi. alhamdulillah dapat berbuka bersama keluarga pada awal waktu. Selalunya setiap kali ramadhan, aku agak tak suka time berbuka huhu (jahat kan..) sebabnya aku kena siapkan air pelanggan yang selalunya datang mengejut/serbu time dah dekat nak berbuka. Mulalah aku buat air tak cukup kaki tangan:( Lepas tu jamah tamar je & minum air beberapa teguk lalu sambung buat air semula. Bila semua customer dah dapat air masing2, barulah aku boleh menikmati juadah berbuka. Biasanya around 8pm huhu~Masa ni adik beradikku dahpun siap berbuka. Dalam hati, kadang rasa nak menangispun ada.... Tapi bila tengok mak lagi bersusah payah tak henti2, aku cekalkan hati, teruskan kerja aku... Tapi tak selalupun dapat cekal macam tu..Mesti rasa nak meraung gak! huhu tapi dalam hati jelah.. Takdelah meraung kat tempat air tu, nanti masin plak minuman2 customer semua huhu~

Entahlah......ikutkan hati aku, aku nak juga life macam orang lain. Macam orang duk rumah. Bukan rumah kedai. Masak...berbuka sesama..solat sesama..tidur...sahur...& begitulah sehari2. Takdelah nak kena membanting tulang teruk2 setiap masa & ketika. Tapi aku rasa macam mimpi je untuk semua tu berlaku. Dah memang sekarang ni, nilah cara punca pendapatan aku sekeluarga. Tambahan pula dengan masalah pekerja yang sentiasa kekurangan, makanya bertambah2 la lagi berat bahu memikul. huhuh~ Kekadang, ikutkan hati aku nak stay dalam rumah je, buat kerja2 lain..Tapi bila aku terkenangkan susah payah mak aku, aku jadi 'willingly' keluar pergi tolong mak.. Walaupun dalam hati aku berat. Tulah, tak tahu adakah KEIKHLASAN dalam aku membantu mak aku........ :(

Ya Allah, hanya padaMU aku mengadu, hanya padaMU aku
memohon kekuatan, kesabaran dan keberkatan dalam pencarian rezeki ini. Aameen.


Aku sekadar meluahkan di sini sebab............nilah CATATAN SOALHATI.

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button