CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

12 May 2009

Memenuhi Undangan Lagi :)

Assalamualaikum.

Baru habis berdiskusi bersama group members. Hmm.. kali ni kami kena debate in class. Topic: "Government should encourages population growth". Tak sangka jugak aku madam nak bagi assignment macam ni. Ingatkan exercise biasa-biasa aje. Sekali kena debate! hehe. Grup member semua dah kecut perut. Aku? Hari nak debate nanti kot baru terasa..hehe. Biasanya begitulah. Alhamdulillah semua bagi komitmen yang baik dan bersemangat walaupun 'ketaq' hehe..

Khamis ni aku akan ke Kelantan inshaAllah. Tak sangka jugak rupanya minggu kedua dah start berjalan-jalan negeri orang hehe. Tapi demi memenuhi kewajipan seorang sahabat ke atas sahabatnya yang lain, aku willingly lah. Alhamdulillah ada teman. Kak Zatil dan Wani. Kak Lang plak setia menanti di bus station nanti. Tunggu kami ye kak Lang. Maaflah menyusahkan kak Lang plak. Takkan nak menyusahkan bakal pengantin kih3.. Kudoakan semoga perjalanan itu nanti dilindungi dan diberkatiNYA. Ameen. InshaAllah balik 'rumah manis rumah' hari Sabtu. Tiket dari Kelantan-Kerteh pun dah ada orang tolong belikan. Awal bangat! 8pagi dah bertolak! huhu... Apapun, terima kasih big bro! :)

Kiranya sempat berada di rumah bermula sabtu petang hingga ahad tengahari. Nampak gaya aku kena beli tiket sianglah nak kembali ke kampus nanti. Aku tak ada geng. Bahaya kalau balik bas malam. huhu.. Sampai sana pepagi buta.. Sapela nak melayan aku... huhu. Tak mengapalah. Berkorbanlah waktu siangku di dalam bas huhuhu.. Teringat kat Mak Cik aku masa aku sampai kat Greenwood dalam 11.30malam. Makcik tanya,

"'Ain nanti sampai Greenwood, sape amik bawak balik uia?"

"eh, naik teksi je makcik.."

"naik teksi? sorang?"

"aah.. sorang jelah. selalu macam tu makcik.."

"ish, tak ikut syariat lah 'Ain ni!"

Terdiam aku bila MakCik cakap macam tu.. huhu. Tak pernah ada orang yang menegur aku direct macam tu berkenaan wanita keluar kemana-mana bersendirian ni..huhu... Terima Kasih Mak Cik, teguran dan nasihatnya membuatkan aku lebih berjaga-jaga. Walaupun aku masih ada mengamalkannya huhu. Sekarangni kat mana-manapun tak selamat sebenarnya. Apatah lagi kes ragut yang tengah 'famous' sekarang. Ragut dah jadi kes pembunuhan.. huhu.. Murahnya nilai nyawa seseorang..

Eh, oklah, janji dengan adik nak dating 5pm. Aku cow dulu. Doakan aku ye.. Sekarang ni emosi sat ok sat tidak. Tak happy and ceria seperti selalu. May be sebab teman sebilikku kurang sihat, makanya tak wajar bagiku untuk bergelak ketawa penuh keriangan. huhu. Doakan dia cepat sembuh ye. Kesian dia baru nak start kerja, dah demam plak..

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button