CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

05 May 2009

Ke'ajaib'an yang dirasa

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setakat ini beberapa perkara yang membelenggu fikiran, hampir selesai. Just beberapa perkara. Tapi cukuplah untuk merungkai kekusutan otak dan emosiku ini. Rasa beberapa hari ni ketawa dalam keterpaksaan je. Senyumpun serupa nak tak nak je. Tapi tetap manis. hahaha 'perahsantan' plaks. Oklah, syukur sangat sebab Allah jadikan setiap masalah tu, ada penyelesaiannya bila dipenghujung. Atas kita je nak hadapi ke tak persoalan-persoalan seperti:

"Boleh setel ke masalah ni?"
"Nak buat macam mana?"
"Mampu ke?"
"Tak ada jalan lain ke yang lagi mudah?"

Pelbagai soalan lagi yang berada di kotak pemikiran. Tapi semuanya takkan terjawab kalau kita tak move even 1 step furthur.. Percayalah! Dengan bertindak sahaja semuanya akan selesai sedikit demi sedikit. Mungkin juga selesai sekaligus dengan hanya one action! Kekadang kita mudah tarik diri sebelum mencuba.

"Aku down dah"
"Aku tak mampulah"
"Biarlah, ni dah nasib aku"

Kita dah bayangkan kemungkinan perkara buruk yang akan berlaku.

"Ish, boleh ke macam tu? Mesti tak sebab...."
"Hmmm.. aku tau dah jawapannya nanti.."

Walhal, itu hanyalah imaginasi kita. Kalaupun ada orang yang pernah mengalami perkara-perkara buruk tersebut, adakah ia akan turut menimpa orang yang sama? Mungkin nasib kita lebih baik dari dia.. Ujian buat dia mungkin berbeza dengan ujian buat kita... Jadi, cuba dan usahalah dulu! InshaAllah boleh selesai MASALAH yang sememangnya LUMRAH!

Paling dan paling dan paling PENTING, letakkan sepenuh harapan kepada Allah. Dia yang berkuasa ke atas segalanya. Perkara yang mustahil bagi kita,tiada satupun yang mustahil bagiNYA. Aku sendiri, bila datang masalah yang dirasakan mustahil untuk diselesaikan sebegitu rupa, terus dan terus berdoa. Salahkah mengharapkan keajaiban dari Allah berlaku? Bagi aku, bila sesuatu masalah selesai dengan mudahnya, diluar jangkaan kita, ku anggap Allah telah turunkan keajaibanNYA. Ya, tiada yang mustahil bagi Allah, Allah Maha Kuasa, Allah Maha Kuasa.

"Wah...bertuah awak.. tak semua dapat macam ni taw.."
"Alhamdulillah, rezeki awak tu.."
"Ish, tak sangka betullah dapat jugak ni akhirnya..."

KeajaibanNYA ini ku anggap kuasa Allah dan juga kasih sayangNYA ke atas hambaNYA...... Ya Allah, terharu sungguh dengan pertolongan dan pemberianMU....

So, apa tunggu lagi, jangan mengalah sebelum mencuba dan teruskan pengharapan kepada Yang Maha Kuasa ♥♥♥

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button