CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

19 May 2009

Kahwin! Kahwin! Kahwin!

Hmmmmmmmmm....

Hari ni, sehari suntuk topik kahwin! Kahwin! Kahwin! Ya Allah, macam mana nak escape kan diriku dari topik ini??? Hehe macam tension sangat plak. Tak tensionpun sebenarnya.. Tapi bila orang duk cakap topik ni, secara langsung ia menyebabkan aku juga berfikir tentang ini. Walaupun diri sebenarnya cuba elak fikir soal kahwin.. Sebab apa? Sebab kalau fikir, takut panjang angan-angan nanti... Balik rumah baru nipun lagi la..

Adik Bongsu ku:
"kak In, cikgu kuda kepang saya single lagi. Umur dia 27. Handsome kak In..."
"So??"
"Saya nak jodoh awak ngan dialah!"

Adik ke3 ku:
"kak In, awak sambunglah master.. Lepas habis blajo 2 tahun, saya suruh Abang ___ masuk minang awak.."
"oit!! sesedap jiwa ragabakul jer...."

Abang ku:
Tak pernah cakap apa-apa soal jodohku. Bagus! I like... Sama dengan Abah. Sokmo mereka tanya pasal pelajaran dan perancangan kerjaya saja :)

Mak dan Wan ku:
Memang setiap kali pulang, topik ni boleh dikatakan 5 - 6 kali diajukan dalam sehari! Anda bayangkanlah! Kalau balik cuti hujung minggu, dengarlah soalan-soalan cepumas dalam tempoh 2-3 hari. Kalau balik cuti lama? 1minggu? 2 minggu? wuhuu..~

Tadipun jumpa sahabat di cafe mahallah yang dah mempunyai 2 orang cahaya mata.. Dengan relaks nya dia tanya:
"'Ain bila kenduri? Kan nak habis dah blajo.."

Akupun berlalu ke bilik tv setelah menjawab pertanyaan sahabat seperti biasa:
"Doakanlah dimudahkan ye" -Pasti ini jawapan penuh persoalan padanya.. hehehehe..

Sampai bilik tv, sahabat seorang lagi plak bercerita dengan penuh semangat dan feelingnya tentang mimpinya semalam. Mimpi tentang lelaki idaman. heheheh~ Kelakar jugak! Tapi tak nafikan, aku juga pernah mimpi berkahwin, mimpi berjumpa lelaki itu dan ini.ecece.. Aku rasa normal kot mimpi-mimpi sebegitu dikala umur baya-baya ni.. hehe~

In short, memang topik ni tak boleh dielakkan. Apatah lagi kalau musim orang kahwin dan mereka yang terlibat adalah geng-geng kita yang sebaya dengan kita! Pasti banyak mulut-mulut yang bertanyakan itu dan ini.. Bersedialah! huhu.. Jawab je dengan jujur. Jangan jadi macam aku, suka jawab main-main..

"eh, ramai..10 yang datang tau!" ~ selalau jawab macam ni kalau mak tanya kak In dah ada pakwe belum.

Bila orang tau aku pergi kenduri situ sini, orang juga akan bertanya:

"Asyik gi kenduri orang je nih.. kenduri awak bila lagi?"
"Udah-udah le tu gi kenduri orang.... set up kenduri sendiri plak"

Suka aku nyatakan, bukankah memenuhi jemputan seorang muslim yang lain itu satu kewajipan. Jadi kalau tak ada halangan, pergi ajelah. hehe..Sambil pergi kenduri kahwin, sambil buat survey tentang budaya dan adat majlis pernikahan dan perkahwinan sesebuah tempat. Sangat banyak yang aku pelajari sepanjang kenduri yang pernah kuhadiri. Ecece... ni kira conduct survey participant observation la ni :p

Apapun, pesanku pada diri, jangan bimbang sangat soal jodoh. Pasti jodohku akan menunjukkan batang hidungnya suatu hari nanti. Sekarang, dia pasti ada di mana-mana, di muka bumi Allah yang luas ini. Jangan bimbang sangat bukanlah maksudku tak fikir langsung. Mesti usaha berterusan jugakkan. Caranya? Tanyalah yang pakar:) Doa doa dan doa sokmo. Moga Allah mudahkan dan berkati segala urusan kita termasuklah dalam urusan jodoh.

Ok, ITD Lab ni dah nak tutup. Permisi dulu ye... Tak tahan tengok dah orang sebelah duk tayang gambar baby dia kat kawannya.. dan bercerita tentang aktiviti suaminya sepanjang ketiadaannya di rumah. Ni mesti berjauhan dengan suami sebab tanggungjawab belajar ni. huhu~ Topik kahwin lagi.....Memang tak dapat elak seh...

2 comments:

SpEkmATaKu said...

jodoh itu rejeki...
nnt bila tiba masanya
insyAllah rejeki itu akan muncul
moh sesame kita nntkn ain hehe n_n

♥Cahaya Mata Kemuliaan Agama♥ said...

nantikan mirah juga :)
tq mirah.. hehe

.I ♥ Khat.




Grab A Button