CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

06 May 2009

Aktif

Assalamualaikum.

Cabaran


Alhamdulillah, semalam dah start kelas Population and Society. Masuk je kelas, muka-muka familiar je belaka. Maklumlah, kami batch akhir yang guna study plan 043... Jadi yang regist course tu semestinya geng-geng satu bacth belaka.. hehe. Generasi sekarang dah tak guna dah study plan ni. Mereka ada study plan tersendiri yang lebih sistematik, bombastik dan semua yang tik tik.. hehe. Sebab bila aku belek-belek study plan depa, bestlah, siap ada specialized lagi after majoring SOCA (Sociology and Anthroplogy). Semua ada practicum. Baguslah. Macam batch aku ni, terpulang kepada student. Kalau tak nak ambil, kena ambil another 2 subjects. Ramai pilih 2 subjek tu sebab senang, tak payah susah-susah nak prepare and hadapi prosedur untuk praktikal.. Tapi tetap merasa dunia luar beberapa ketika sebab ada sesetengah subjek yang ada fieldwork. Macam aku sendiri, alhamdulillah berpeluang buat fieldwork kat penempatan Orang Asli di Perak, Raudhatus Sakinah di Sg. Buloh, Asrama Sentosa di Sentul dan Sekolah Henry Gurney Melaka. Semuanya memberikan pengalaman dan ilmu yang amat berharga. Tak dapat dilupakan!

Berdebar-debar plak nak pergi kelas esok. Kenapa? Huuhuhu.. Sebabnya kelas kali ni, madam dah buat on-going participation mark and exercise.. Makanya, kami tak akan mengadap Midterm exam lah. Tapi kami kena betul-betul aktif involve dalam kelas. Setiap perbincangan, persoalan dan apa saja, kalau ia bernas, madam akan bagi marks. Kalau tak, cakap kosong jelah. No marks. huhu... Tahu berapa markahnya? 20markah! Wawawa.. Aku sanggup lagi buat assignment.. huhu. Bukan tak suka nak bercakap dalam kelas, tapi kalau sampai kena berebut-rebut, yang ni nak cakap, yang tu nak cakap, aku kureng sikit bab-bab ni.. selalu biarkan aje orang bercakap. Bagi peluang kat orang lain la kononnya.. Lepas tu depa yang dapat markah dan aku, terkebil-kebil cuma..

Apapun, segalanya mesti ditempuhi, nak tak nak, itulah ujian belajar. Doakanlah aku dapat participate dengan sebaik mungkin. Rasa tercabar betul kali ni... Sebab hanya isi yang bernas madam bagi markah. Kalau cakap kosong, 0 la dapat hehehe...

Walimah


Bulan mei dan jun agak banyak walimah yang mesti dihadiri. Tapi rasa macam tak mampupun ada. Apatah lagi aku dah mengajar tuisyen setiap hari Sabtu. Jadi.....macam mana nak attend kenduri sahabat-sahabat? huhuhu...

9.5.09 Kenduri Kak Dayah~ Temerloh
15.5.09 Akad nikah AbangLong dan Kak AC~ Kelantan
30.5.09 Kenduri Abang Tengku~ Terengganu
5.6.09 Kenduri Hidayah Rahmat~ Selangor
5.6.09 Kenduri Kak AC~ Kelantan
6.6.09 Kenduri AbangLong~ Kelantan
13.6.09 Kenduri Muakhahku..Kak Timah~ Kedah

Siapa lagi nak tambah??? hehehe..
Moga-moga Allah beri aku ruang, kesempatan , kekuatan dan kemurahan rezeki untuk hadir hari bermakna sahabat-sahabat. Andaikata wajahku tak muncul-muncul tu, jangan marah ye. Itu sememangnya tidak disengajakan.. huhu..

Buat Kak Dayah dan suaminya, selamat menempuh alam rumahtangga. Semoga tenang selalu dengan setiap dugaan dan keadaan di alam rumahtangga :) Jadi isteri yang terbaik ye buat suamimu ♥ hehe~ Mohon maaf tak dapat pergi kenduri hari tu. Saya demam la kak... wuhuuu~

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button