CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

03 April 2009

Menu simple aje:)

Bahan-bahannya:
Roti 5 keping
Sosej 5- goreng dulu
Tepung gandum 5 sudu besar
Tepung jagung 1 sudu besar
Telur 1 biji
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Kubis dihiris halus
Lobak merah dihiris halus
Minyak
Air

Cara-caranya:
1) Adunkan tepung + tepung jagung + telur + garam + lada sulah + sedikit air. Gaul sampai sebati. Jangan pekat sangat jangan cair sangat. Sedang-sedang aje..:) Taruk tepi...

2) Roti- bagi dia leper..hehe ikutlah nak guna apa cara sekalipun. Letakkan sosej+kubis+lobak merah. Kalau nak letak sayur-sayuran lainpun boleh. Terpulanglah kepada sayur kegemaran anda. Gulung dan sapukan tepung yang diadun tadi untuk melekatkannya. Pastikan di'kepit' dengan kemas supaya masa goreng nanti, roti tak menyerap minyak.

3) Celup roti yang 'selamat' digulung ke dalam adunan tepung tadi, dan terus goreng sehingga keemasan :)

4) Makan! Boleh makan dengan sos + mayonese :)

Credit to Aunty Hana sebab rujuk resipi dia sebenarnya. Tapi Aunty Hana letak keju kat dalam. Rumah ni tak ada keju jadi aku gantikan dengan sayur-sayuran... Hidang kat orang rumah aku. Tak sangka habis. Aku tak makanpun...huhu memang suka buat jer.. :P Percaya tak? Peracaya tak?

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button