CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

29 April 2009

3in1 di PWTC

Mulanya aku kurang bersemangat nak pergi pesta buku kali ni. Bukan apa, rasa tak punyai masa dan tak de teman nak ke sana. Sahabat-sahabatpun awal-awal lagi cakap tak nak gi. Ramai yang dah plan nak balik rumah. Maklumlah, time tu dah habis final exam. Tapi sms daripada Muakhahku mengubah segalanya. Aku bukan sekadar berjalan-jalan ke sana mencari buku, tapi aku juga bertugas di booth ustaz Ridhuan Mohd Noor.

Wah, satu pengalaman yang sangat manis kurasakan. Aku ambil shif 10pagi-4petang. Tapi sebab syok sangat jaga, akhirnnya aku dan muakhahku balik jam 7pm. Duk asyik jaga, tengok-tengok dah beberapa jam berlalu. Tapi aku harus pulang segera, sahabatku Luqman meminta tolongku menaip akta apa entah. hehe. Siap upah tu. Tapi aku menolongnya bukanlah semata-mata wang tu, tapi sebab memang dia sangat memerlukan bantuan. Nak minta tolong sahabat-sahabat lain, semua kufikirkan ada tugas masing-masing. Tapi akhirnya aku tak dapat siapkan sepenuhnyapun tugasan yang Luqman bagi tu. Huhuhu sedih sungguh. Aku terlelap masa menaip..dalam 3 pagi gitu.. Minta maaf ye Luqman..


Aku jaga booth ustaz sehari cuma. Ustaz macam sedihjer sebab kami jaga sekejap sangat. Sampaikan ustaz seolah-olah 'merayu' plak supaya kami datang lagi esok, lusa dan hari-hari seterusnya. Kesian plak kat ustaz. Memang bila dah jaga tu, rasa tak nak pergi mana-mana dah. Tak nak pergi program tu... huhu jahatnya. Tapi amanah tu mesti diutamakan. Aku mohon maaf pada ustaz dan memaklumkan yang aku ada komitmen lain yang lebih penting... Yang kelakarnya, aku jaga baru 2jam dah dapat elaun untuk 6jam. hahaha... Terima kasihlah ustaz kerana memahami keadaanku yang memang 'kering kontang' haha..

Dapat je duit tu, habis je shif aku, terus aku round-round booth lain. Sangat teruja dengan semua buku yang ada.. huhu.. Kalaulah aku kaya, akan ku beli kesemuanya! Tapi mampukah aku untuk mengkhatamkannya? Buku yang ada pun tak habis-habis lagi baca. Ohye, ramai juga penulis yang aku jumpa. Ramai juga antara mereka yang datang ke booth ustaz. So kami tak perlulah bersusah payah nak lihat mereka dari dekat hahaha..

Untuk hari tersebut, aku beli:
Majalah Solusi edisi 5 & 6.
Sebuah buku terbaru Ustaz Pahrol Juoi- Nota Hati Seorang Lelaki ~Gugusan kisah tarbiah seorang anak, suami, ayah dan da'i.


Habis program 24hb, aku menumpang di rumah generasi. Berehat-rehat dan menguruskan apa yang patut. Seronok juga sebab berpeluang dipertemukanNYA dengan Kak Hasna bini orang hehe, Cikbah, Ummi dan Ila yang datang esoknya.

25hb, kami pergi lagi ke PWTC dengan kenderaan awam. Kali ni lebih kepada menemani mereka yang bersemangat nak pergi ke sana, yang datang dari jauh, yakni Cikbah dan Kak Sena hehe.Ohye, NurJannah sekali. Ku dan Ilapun turut sama. Tapi sampai sana, dah berpecah belah la.. sangat ramai dan sesak! Berhimpit-himpit semuanya. Nak tumpang letak beg balik kampung kat booth ustaz pun tak dapat lagi dah. Sangat penuh orang! Akhirnya kami simpan beg-beg kami kat surau. Tawakal sajalah huhu. Alhamdulillah tak hilang. Mungkin sebab suray pun sangat sesak dengan keluar masuk orang ramai, jadi orang tak sempat nak tilik barang-barang kami hehe.. Barang kami betul-betul kat pintu masuk surau.

Round and round, aku dah tak bermaya. Aku dah start demam masa hari last kat tempat program. Tapi kugagahi jua ke PWTC buat terakhir kali sebab ada tak puas round hari tu. Rasa ada buku yang nak dibeli lagi. huhuhu.... Lagi plak pergi ramai-ramai dengan 'adik beradik', pasti seronok! Akhirnya, aku beli:
6 buah buku kanak-kanak- BM & BI. ~harganya seringgit satu, mana la aku tak beli hehehe. Boleh aku buat modal nak bercerita kat budak-budak tuisyen aku nanti hehe~
English Grammar- untuk adikku Fequl.
Ketika Cinta Bertasbih- Hbiburrahman El Shirazy-Episod 1 dan 2.(dapat tengok Kang Abik dari dekat..ambil gambar dia je, nak bergambar dengan dia, segan ma... aku sorang diri je masa tu huhu)

Aku dah lama nak beli buku ni. Sahabat-sahabatpun ramai bertanya aku dah baca belum.. Entah mengapa. Latest, Tuan Majistret plak tanya aku pernah baca ke tak buku ni.. Akhirnya, berbekalkan duit yang mak dah bank in, aku belilah! huhu Terima Kasih Mak...

Dalam 6.45petang, aku, Tengku dan NurJannah melangkah penuh longlai ke Hentian Putra. Perut dah nyanyi lagu rock ni!!! huhu.. Bas kami jam 9malam. Melepaklah kami disana sampailah bas datang.. Lama sungguh tak naik bas kat sini...... :)

Ni gambar-gambar kenangan sepanjang aku bertugas menjaga booth ustaz :)

Antara buku terbaru ustaz.. GAZA MENANGIS.

Ustaz yang aku kagumi.... Beliau bukan sekadar hebat menulis, tapi hebat juga berbicara.. huhu Mantaplah ustaz!


Bersama Muakhahku.. Sayang kakak!


Bersama Natrah.. Anaknda Bonde yang sudah lama meninggalkan kampus dan kini menjalani kehidupan tersendiri bersama suami tercinta dan anak yang bakal dilahirkan, hehehe. Jangan marah Nad ye....
Bersama Teha, saat-saat bertukar shif jaga booth hehe.. sempat lagi tu walaupun big bos ada je kat situ duk promot buku :p

2 comments:

Shams Ali said...

salam..laa rupanya ana kenal enti ni... infect we had seen each other..kaat pesta buku tu ari tu... tu kakak (sis deqma)enti kakak sayang ana jugak..hu3

SoalHati said...

ohh..minta maaf la yer..lain kali kalau nampak sy, tegurlah ye :)


.I ♥ Khat.





Grab A Button