Hari ni, hari sakit sedunia. huhuhu.. sabar..sabar.. sakit penghapus dosa-dosa kecil. Menguji kesabaran hamba. Menguji rasa kasih sayang sesama makhluk juga. Apatah lagi jika hubungan itu mempunyai pertalian darah...Kaum keluarga kita sendiri.
Semalam memang aku tak tidur langsung. Kesian wan. Asyik muntah-muntah sampai ke pagi. Ya Allah, kenapa jadi macam ni...Aku menemani wan. Walaupun sangat mengantuk, tapi tak sampai hati nak tidur. Macam cucu yang tak kenang budi je kalau tidur dalam keadaan wan macam tu. huhuhu.. Bila jaga wan masa dia sakit, aku teringat saat-saat wan jaga aku dulu. Masa aku sakit teruk berbulan-bulan. Terlalu banyak pengorbanan wan terhadapku.... Oh wan....
Semalam selepas isya' kami sekeluarga pergi kampung Air Putih. Pergi berubat kampung. Adikku ada masalah kesihatan sikit. Dah pergi klinik, tapi tiada petanda baik... Ikhtiar diteruskan lagi diiringi doa berterusan. Mengharapkan Allah beri kesembuhan, kesabaran dan kekuatan kepada hamba-hambaNYA untuk lalui ujian ini. Kemudian, kami ke klinik 24 jam di Kemaman pula. Wan dah 3 hari sakit perut dan mula batuk-batuk. Lama juga kat klinik tu. Panjang lebar penerangan doktor padaku sementara wan berehat seketika selepas diberi suntikan. Mesti doktor ingat aku ni anak wan.. Aku pujilah doktor ni, sebab dia explain sangat detail punca sakit, cara mengatasi, pantang larang dan lain-lain lagi panduan. Jauh benar bezanya dengan kebanyakan doktor yang aku jumpa...
Sampai rumah dekat 12tengahmalam. Wan mula mengadu pening dan makin pening. Masa nilah wan muntah-muntah dan berterusan sampai pagi. Tahu tak, dalam semalaman saja berat wan turun 4kg! Huhuhu......Kurus sikit wan...
Pagi ni keadaan wan masih sama. Orang rumah semua bangkit tidur. Semua bersiap-siap nak hantar wan ke hospital Kemaman. Aku masih mamai.. Kepala pusing.. Rasa baru je lelapkan mata tadi. Takpelah, kita qadha' tidur dalam bas nanti.
Wan kena tahan di wad kecemasan. Biasalah, kalau muntah-muntah, kena masuk air.... Wan tak kena tahan wad. Kami plak dah prepare kain baju wan, gelas, pingggan mangkuk, bekas air dan macam-macam lagi. Rupanya tak perlu masuk wad. huhuhu...
Hampir zohor, wan dibenarkan pulang.... Sekarang ni wan tengah tidur. Suudara marapun datang ziarah wan. Ibu sakit, bila anak-anak datang jenguk, rasa 'segar' sikit sakitnya.. Terubat sikit..
Aku? Aku akan 'berlepas' ke KL malam ni. huhuhu... Rasa tak nak balik! Rasa nak ponteng 2 kelas esok. Nak jaga wan sampai wan sembuh! Tapi, mana mungkin. Amanah akademik mesti ditunaikan juga...Kesian juga kat KakCik. Keseorangan dia. Nanti sampai KL pepagi buta plak tu. Bahaya...bahaya... Takpelah, berkorbanlah perasaan nak jaga wan....InshaAllah, orang rumah akan jaga wan sebaiknya.
Ya Allah, sembuhkanlah wanku......

No comments:
Post a Comment