CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

22 February 2009

Pagi Sabtu yang membahagiakan!






Pagi sabtu yang lalu...eh, semalam la Sabtu.huhu rasa macam dah lama plak berlalu, usai subuh, aku bersiap-siap apa yang patut. Terus sapu sardin cap Ayam ke atas beberapa keping roti. Sardin ni aku tak sempat nak masak. Jadi hancurkan macam tu je kemudian campur sos cili Life. Sempat juga ikut Kak Lang pergi giant malam sebelum untuk beli roti, sardin, tomato dan timun yang berharga RM3.58 sebatang! Tepat jam 8pagi, kaki sudah melangkah ke cafe Safiyyah untuk mengambil bihun goreng+ayam goreng yang ditempah semalam. Semuanya boleh dikatakan last minute. Nak buat macam mana, sibuk maa.. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku dan geng-gengku. Mujur pengurus cafe nak terima tempahan kami. Kebetulan banyak plak order yang mereka dapat pada pagi sabtu tu. Ila tolong tempah air. Around 8.05, geng-geng dah datang dengan kereta pinjam. hehe..

Kami memang nak pergi awal. Kalau boleh 7.30pagi. Tapi aku sendiri macam tak yakin je dapat standby diwaktu itu. hehehe.. Dalam 8.30pagi baru kami dapat bertolak ke Taman Metropolitan Bukit Kepong. Semuanya sabar menanti 'ayahanda' hantar bola.. baru bangun tidur ke 'ayahanda' ? ;p

Sampai sana, kami nampak orang ramai nak balik dah. hehe..Orang datang jogging lepas subuh agaknya. So pukul 9pagi depa dah balik. Kami ni plak baru nak start jogging... Tapi tangan penuh dengan bekalan makanan..hehehe...

Bonde bagi anak-anak exercise dulu. Bonde jaga bekalan-bekalan yang dibawa dan segala harta benda anak-anak. Biasalah, bukan nak jogging sangat depa ni, bergambar je lebih ;p nak joddingpun tangan duk pegang camera. hehehe...

Apapun, sangat seronok pagi tu walaupun taklah rasa cergas dan sihat yang amat. Hati terhibur bila bersama sahabat-sahabat. Gelak tawa. Senyum terukir. Makanya lahirlah cas-cas positif dalam badan. Jadi, tak sihatpun akan terasa 'sihat' :)

Paling kelakar, si cameragirl IzzahUlfah gayat. hahahaha.. amboi sedapnyer gelak kat orang.. Tapi tahniahla, gayat-gayatpun boleh maintain senyum lebar bergambar dipuncak sana.

Kami pulang agak lewat.Plan nak balik jam 10.30pagi. Tapi akhirnya balik dalam 11.30pagi. Semua setia menanti turn nak naik train round tasik tu. Jauh jugak dia pusing. Ada dalam sejam. Yang kelakarnya, ingatkan FREE! hahaha..rupanya kena bayar RM4 seorang.Kamikan dah dewasa, jadi RM4 lah. Budak-budak RM2. Disebabkan kami dah get ready duduk dalam train tu, takkanlah nak turun semula bila dapat tahu kena bayar RM 4! Jatuhlah reputasi kami. hahaha.. So bayarjelah...Ada kata ''ni pertama dan terakhir aku naik train ni!" "jangan tidur, nikmati permandangan sebaik mungkin! Rm4 ni...!" Haha..cheapo!

Lastly, terima kasih anak-anak yang terlibat dalam pembikinan Riadah @ Taman Metropolitan kali ini. Ila, IzzahUlfah, Tengku, Farhan, Kak Lang (bila nak regist blog abnormal??? gambar banyak dah yang abnormal tu hahaha), Kak Ha, Aidah, Syauqah el wardah & Kak Naim.

2 comments:

MofiR said...

wa bestnya....

siap bawak bola lagi tu...
huhu... memang riadhah sungguh la nie...

pernah lalu je kat tempat tu... berapa kali??? x terkira la rasanya... tp x pernah singgah... huhu...

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

bawak bola tu action jer..haha sebab x main bola pun. bola sepak x seswai la nak wat main bola beracun...hehehe

singgah la skali...bets dekmat..pastu mesti nak pi berkali2

.I ♥ Khat.




Grab A Button