CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

16 February 2009

Kempunan

'Keciwa.Keciwa.Keciwa.' Pagi bangkit, tengok reminder. Derma darah. Bermula hari ni hingga 18Feb09. Aku dah siap-siap pakaian yang mudah untuk derma darah. Almaklumlah perempuankan. Nak selak lengan baju nanti mesti la terdedah lengan kalau tak pakai 'stongan'(stoking tangan). tapi aku tak plak panggil stongan..Aku panggil armguard. hehehe..So pakaila siap-siap. Tempat derma darah plak terbuka macam tu. Jadi kena pandai-pandai coverlah aurat setakat mampu. Dah plan, lepas zohor nak pergi. Dah lama dah rasa tak buat keje ni :) Rindu nak derma darah! Ketagihpun ada hahaha...

Settle isi borang, test darah(tertanya-tanya kenapa dia ambil sample darah setiap kali nak derma..kan dah tahu darah kita cap ape...;/ ) Bila doktor nak check tekanan darah, doktor tanya makan apa, sihat tak, bila makan..tapi 1 soalan ni, menyebabkan aku gagal untuk menderma darah. huhuhu...

"Ada makan ubat tak? antibiotik?"

Sememangnya ada doktor. Baru semalam. Terus doktor batalkan niatnya nak check tekanan darah. Aku berlalu dengan kehampaan. "Nak derma darah mesti seminggu lepas ambil antibiotik dik.." Takpelah, nak buat macam mana. Tiada rezeki kali ni nak memberikan darah ini kepada orang lain.

So, disebabkan tak dapat derma, nak kempenlah sikit buat pengunjung-pengunjung blog soalhati :)

Kepentingan menderma darah

Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :
Mangsa kemalangan
Pesakit yang menjalani pembedahan
Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
Ibu yang mengalami tumpahan darah

Anda layak menderma sekiranya:
Berumur 18 tahun ke atas
Berat badan 45 kg dan ke atas
Sihat tubuh badan
Sihat pada hari menderma

Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
Tidak mempunyai ahli keluarha yang mengidapi Hepititis B atau C

Anda DILARANG menderma darah sekiranya :

Anda mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :
Menggunakan dadah secara suntikan
Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS

Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda :
Menghidapi penyakit-penyakit seperti :


Sifilis
Malaria
Sakit jantung
Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit
Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah
Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak
Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja

Ok, setekat ini saja perkongsian dan kempen soalhati : You Give Money, You Give Food, You Give Blood, You Give Life! :)

5 comments:

Bibi Raihana said...

assalammualaikum
wah, bagus ni ukhti..
siap kempen lagik ni..
:)

SoalHati said...

hehehe nak jadi doktor tak kesampaian. jd tolong kempen la bg pihak doktor :p

Anonymous said...

slm, bonde..he3...
jie dh 2x nk derma darah dlu, check2 xckup iron plak. ms prog baktisiswa skali, kt mtrk pj skali.
kne "mkn besi" lbh sket kot..huhu
tp msuk maincamp ni xpnh test lg, xtau la "besi" dlm bdn ni dh ckup blm, yg len sume ok...kot.
pape pn slmt mderma..;)

one-areyou said...

ummi dah 46 tahun. dah hampir 10 kali nak derma darah. Selalu doktor cakap tak boleh. tak tahu ada pblem apa. So tak pelah, mintak2 jganlah diduga sakit kena minta derma dari orang lain. unfairlah. alhamdulillah, dah boleh visit blog ain and kcik. ni pun tak tahu pblem mede. Nanti nak cuba minyak mazola.... hahahahahahahahaha

SoalHati said...

anaknda Gie, bonde cadangkan anaknda makan BELIMBING BESI. hahaha

ummi,
hehehehe..dah beli belum mintak mazola ;p ummi nak derma tapi x tau nape xleh? doc x explain ke? ummi tak cukup rest kot stp kali nk derma. hehe memandai jer...
alhamdulillah dh leh bukak page 'ain n kakcik..dah terbang ke lain kot 'virus' itu


.I ♥ Khat.





Grab A Button