CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

01 January 2009

Keep on MOVING!

1429 Hijri dan 2008 Masihi telahpun melabuhkan tirainya. Semua dah set up azam baru? Aku belum. Kenapa? Kebiasaanya aku akan pasakkan azam baru ni bila tiba hari kelahiranku. Yakni......RAHSIA :p Aku dilahirkan di awal bulan yakni Januari. Jadi setiapkali usiaku bertambah, setiap kali itulah aku memikirkan azam yang ingin dicapai. Kebiasaannya tak banyak dalam 2/3 azam saja yang aku betul-betul nak capai dalam umur ku pada tahun tersebut. Azam aku juga tak semestinya azam yang baru setiap tahun. Terdpat juga azam tahun sudah yangbelum dapat kucapai, aku anjakkan pada tahun ini. Apa ya? juga RAHSIA. :)

Aku baru saja membeli sebuah buku karangan Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Abang Fadzli Yusof (selalupanggil abang Mad je:). KUASA HIJRAH,KUASA UNTUK BERUBAH! Begitulah tajuk yang tertera dimuka hadapan buku tersebut. Aku belinya di 'doube M' depan rumah aku. Balik haritu, sekalipun demam dan kaki bengkak dek terpijak paku baru, aku ada juga 2 3 kali ke double M. Mula-mula aku pergi bersama abang dan sepupu. Belikan barang sekolah sepupu aku. uishh..mahal-mahal belaka. Nak beli pencil box je, Rm 15-RM 25 harganya. Itu yang sepupuku berkenanlah. Cari yang biasa-biasa je, ada la dalam RM 6-7 harganya. Ish3..nak letak alat tulis je pun, awat yang mahal bebenor? Abangku menggelengkan kepala. Kami sedaya upaya cari yang berpatutan saja harganya. Lama juga nak memilih tu. Apatah lagi sepupuku yang nak masuk darjah 3 tu agak 'particular' orangnya. Keesokkannya pergi lagi dengan adik. Juga teman dia beli segala keperluan sekolah. Eh, tak lah segalah, just beli mana yang belum ada je. Rasa macam mak orang plak bila duk bawak budak-budak ni shopping riang ria ke sekolah huhu..

Back to the real topic, aku baru saja membaca beberapa helai muka surat. "Sekali air bah, sekali pantai berubah, tapi manusia bagaimana?" Entry sebegini menarik perhatianku. Benarlah, pantai bisa berubah. Tapi pantai berubah kerana air... Manusia tak bisa berubah kerana orang. Manusia mesti mengubah dii sendiri. Memulakannya dari dalam diri sendiri. Bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud Dia tak akan mengubah nasib sesuatu kamu melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri.

Jadi, apapun perubahan yang ingin kita lakukan, azam yang kita pasangkan, pembaharuan yang ingin kita realisasikan dalam hidup, segala-galanya bergantung kepada diri kita sendiri. Orang lain hanyalah pemangkin semangat kita. It just, whether we want to do it or not! Jika hanya berpeluk tubuh, tak kemanalah kita. Tapi jika kita melakukan hanya satu langkah dan disusuli lagi langkah-langkah yang seterusnya dengan penuh keazaman dan semangat baru, inshaAllah kita bakal lihat azam kta tercapai. InshaAllah. Tak lupa, pergantungan pada Allah adalah asas untuk segalanya berlaku dengan baik, dengan izinNYA. Teruskan berdoa tak kira apa kondisi kita. Manusia seringkali ingat Allah bila mereka susah. mengapa tidak kita ingat Allah sepanajang masa? Masa senang, bila kita ingat Allah, itu lebih baik. Tanda kita syukur :)

Salam Optimis,
KEEP ON MOVING!

1 comment:

SpEkmATaKu said...

cik ain nie mmg sesuai jd author la
nnt tgk2 next time baca anis
da nama pena soalhati hehe
tu y nk tunggu tue hehe


.I ♥ Khat.





Grab A Button