CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

02 January 2009

Kisah Awal Tahun.

Tak sangka plak aku weekend ni sangat padat dengan bermacam-macam aktiviti. Beberapa hari lepas aku sms kepada Muakhah ku. Aku bimbang. Bimbang dengan ketiadaan aktiviti untuk dilakukan sepanjang cuti 4hari ini. Ya, 4hari. Aku tiada kelas hari jumaat. Khamis pula cuti tahun baru. Apa yang patut dilakukan? "kak,kalau ada apa-apa program weekend yang memerlukan tenaga kerja, bgtau 'Ain ye?". Muakhahku membalas "ok dik". Katanya tiada apa-apa program lagi setakat ni. Namun, menjelang saja tahun baru masihi, sms demi sms ku terima. Wah,banyaknya 'projek' adhoc ni...!

Bermula dengan Grand Munajat di SHAS MOSQUE, then around 10pm, kami pergi meeting HISMAT(HIMPUNAN MAHASISWA TERENGGANU). Kemudian bersiap siaga untuk mengecat banner Palestin beramai-ramai. Tapi taklah ramai sangat. Okla..untuk 3 banner sahaja. Ingatkan dah siap cat 3 banner, dah boleh pejamkan mata. Oh tidak...ada play card nak kena buat. Jam menunjukkan 3pagi.

Oklah, tak mengantuk lagi, jom kita buat! Dengan penuh semangat kami buat sambil mengutuk Israel & Amerika! Macam-macam perkataan tak sedap didengar yang keluar dari mulut manis kami ni! Bila lagi nak cakap macam ni. Sambil buat poster, sambil tu kami mengutuk. Kami cat tapak kaki dan pijak-pijak perkataan ISRAEL! Kami cat tapak kaki dan pijak-pijak bendera ISRAEL! (ini sajakah yang mampu kami buat? huhuhu).

Dalam 5pagi, segalanya selesai, kami tidur seketika.

Usai subuh, aku berangkat pulang ke mahallah (kolej) dan meng'qadha'kan tidurku. Hampir 4jam tidur, bangkit dan menerukan misi seterusnya! Demonstrasi Palestin. (berita klik di sini) Berbeza sungguh perasaan kali ini. Ya, memang teruja untuk berdemo. Tapi perasaan takut kepada pihak-pihak tertentu sudah tiada. Mungkin kerana ini pengalaman kedua kalinya mengadakan demo Palestine di kampus! Alhamdulillah. Takbir! (ini sajakah yang mampu kami buat? huhuhu).

Usai demo, kami outing sekejap. Beli segala barang keperluan dan ada juga kurang perlu! Sekali, sekala, apa salahnya kan :)

Begitulah ceritanya hari ni. (ini sajakah yang mampu kami buat? huhuhu)

Beberapa kali aku mengulangi ayat ini. Bukan sekadar disini, tapi dalam hati ia terus menerus bertanya. Ini sajakah yang mampu AKU buat untuk Palestin?

p/s: Usahalah untuk kita sama-sama membaca doa qunut nazilah buat saudara seagama kita di Palestin.


اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ
وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم
اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم
وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم
وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ
يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم
يا الله يا الله يا الله
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ
ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ
ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ
إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم
وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang lehermusuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatanmereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah belahkanlah dan kacau bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,
Wahai Tuhan yang gagah perkasa,
Wahai Tuhan yang maha menghukum,
Wahai Tuhan yang bersifat murka,
Ya Alah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang menggerakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,
Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amin...

p/s: Mohon juga doakan kesihatan mak long ku yang kini berada di Hospital Melaka. Diserang stroke.

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button