CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

13 January 2009

Apalah dayaku

Assalamualaikum geng2 semua...

Haa.. Lama rasanya tak mencoretkan sesuatu yang santai. hehe. Nak buat macam mana, situasi sekarang tak boleh nak bersenang lenang sangat. Buat perkara yang serius je hari-hari. (tapi time makan sempat gak tengok Three Dads One Mom! heheh release tension maa...) Sesibuk manapun, blog tetap rasa nak update selalu. Tetap rasa nak menceritakan sesuatu. Alhamdulillah setakat ni kehidupan aku ok. Tugasan, gerak kerja, alhamdulillah berjalan dengan baik. Seketika tadi aku lepak di center kampus. Menantikan Dinda. Aku mohon pertolongannya untuk isi angin tayar. hehe.. Malulah nak pergi bengkel( entah papela aku ni..malu tak bertempat). Masa menunggu tu, aku belek2 beg duit aku. Aku susun2 duit di dalamnya.Lepas tu aku terpandang wajah mak. Aku betulkan kedudukan gambar mak dalam beg duit yang juga pemberian mak dari Indonesia. Tak semena-mena, terug bergenang air mata.. Ya Allah.. Rindunya aku pada mak.. Rindunya aku pada orang rumah...Tapi sekarang aku tak dapat pulang lagi.. Tanggungjawab di kampus tidak mengizinkan untuk aku pulang dalam tempoh ini.

Tapi...baru-baru ni abah call. Abah ajak aku balik melaka. Tapi aku tak dapat tunaikan hajat abah. Aku ada kelas hari khamis. Abah balik melaka hari khamis. Oh ye, melaka adalah negeri kelahiran abah dan disinilah abah dibesarkan. Berbalik pada kes tadi, abah kena balik melaka lagi minggu ni. Pastinya abah juga mengharapkan aku balik. Aku tak ada kelas hari khamis ni. Madam Pute kena operate mata. tapi tadi Miss Aldila nak buat kelas hari jumaat. petang plak tu. 5.15pm. Aisemen..... macam mana nak balik melaka ni. Nampaknya terpaksalah aku balik hari jumaat malam kot! Naik bas kat pudu. Ada ke tiket balik Melaka malam? Then sabtu/ahad abah hantar kampus semula. Aku serba salah juga. Weekend ni adalah waktu yang crucial di kampus. Takkanlah aku sanggup plak nak escape?

Tapi bila difikirkan balik,sanggupkah aku tak menziarahi mak long ku yang dah hampir 3 minggu terlantar sakit? Kalau sakit2 biasa, mungkin tak mengapa. Tapi ni...... :( Oh tidak..Aku mesti balik. Mesti balik melaka minggu ni. Abah sanggup turun setiap minggu ke Melaka, takkan aku sekalipun tak boleh. Bukan jauh sangat. Hanya 2jam perjalanan. InshaAllah, kalau abah confirm balik melaka minggu ni, aku akan turun melaka juga.... Mohon maaf sahabat2 andai aku tak dapat bersama kamu semua weekend ni. apalah dayaku...

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button