CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

12 November 2008

BERKEBUN SATU SENAMAN

Assalamualaikum.

Hari ni aku tak 'berkebun'. abang pergi Kemaman ambil kad kahwin yang ditempah lagi. tak cukup la plak...3hari ni memang setiap petang aku 'berkebun' dengan abang di laman rumah. dah macam hobi baru plak. walhal aku terpaksa meng'clear'kan segala semak samun sekeliling kawasan rumah. actually, taklah semak sangat. cuma keadaan tak berapa teratur. pasu-pasu tunggang terbalik, pokok-pokok tumbuh merata, longkang tak berapa nak cun, hmm...banyak juga nak kena betulkan. sampai sakit tulang belikat aku tatkala rukuk ketika solat tadi. agaknya kerana angkat pasu besar semalam. sangat berat. aku memang dah tak boleh angkat barang berat-berat. baru lagi kena sakit ni. sebab dulu pernah main roller blade, sekali terjatuh! gedebab!!! abah kata nangka busuk dah jatuh... tapi ya Allah, sakitnya hanya Allah yang tahu. aku tak dapat berkata-kata masa jatuh tu. mulut ternganga dan hanya mampu kata 'aaaaaa.......'. rasa sesuatu dah tersekat kat kerongkong ni. dalam beberapa minit, barulah abang angkat aku. itu kisah dulu. kisah 11tahun yang lalu. tapi kesannya, bila besar baru terasa. masa jatuh dulu tu, jatuh pinggang dulu....aiseh...

malam ni tak pasti nak buat apa, bilik mak dah kemas, bilik abang dah kemas, bilik adikpun dah kemas.dah macam bibik plak rasa. kena kemas bilik semua ahli keluarga.tapi takpelah, bukan untuk orang lain, untuk 'orang rumah tercinta' juga kan... nak tolong mak berniaga, pekerja dah ada. lagipun malam ni nampak customer taklah ramai sangat. mungkin sebab hujan.. ha! kain baju tak lipat lagi tapi........aku takkan lipat. kenapa? sebab tak suka lipat kain. haha..boleh tak macam tu? sebab tu kalau kat kampus banyak sangat hanger dalam loker. sebab memang tak suka lipat kain, so beli hanger banyak-banyak, sangkut je semua. mak kata "boleh plak pilih-pilih nak buat kerja mana ek..."

6 comments:

one-areyou said...

alamak sian kak ain. bukan bibik lagi tu. dah jadi tok wan bibik. kat sini banyak lagi bilik yang belum kemas, bilik ummi, bilik kak long, bilik kak cik, bilik air, bilik tuisen mailah tolong..hehe

Anonymous said...

aiyark!.'bertulus' sgt la k.in nih.nnti bakal suami bace,aduyai.reject tros.haha. :D

MofiR said...

saya ada banyak hanger...
meh la ambik...
hehe...

SoalHati said...

ummi,

mmg cam gini tiap2 kali balik cuti ummi...tapi slalu tunggu mood dtglah...biasa dh 2 3 hari duk umah baru mood 'bibik' datang. hehe. nak gi kemas sane?? boleh.brape nak upah? :P

vulnerable.me~

bakal suami dh faham dh 'tabiat' kak in dan boleh menerima kenyataan tersebut..hahahaha...

mofir,

mehla sini. dh grad tu, mesti banyak barang nak bwk balik. kalau bg hanger tu, kurangla sket barang2 dlm kete tu hehehe

Anonymous said...

hehe...same lah kite.tak suke jugak lipat baju.nak basuh, sidai no problemo.tp lipat.. big NO NO

SoalHati said...

yeyeay...ade geng hehehe


.I ♥ Khat.





Grab A Button