CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

02 November 2008

APA YANG TERJADI SEBENARNYA...

Assalamualaikum.
Apa cerita?
ceritanya..hari ni lebih baik daripada semalam. dari segi kesihatan, pengurusan masa dan kecerdasan otak. hehe. alkisahnya semalam, memang tak diduga. bangun pagi terus rasa loya sepanjang masa. 24jam! tak pernah kena macam tu. kalah ibu pregnant ni. nak tunaikan kewajipan padaNYApun, tak mampu untuk berdiri. tak stabil orang terengganu kata 'huyung je..'. akhirnya aku solat sambil duduk. sedih plak rasa.

jadinya semalam memang pecah rekodlah musim exam ni, tak study langsung for the whole day! hanya terbaring saja sebab nak berdiri rasa nak jatuh, nak study rasa nak m_ _ _ _h! selepas isya', keadaan bertambah buruk dirasakan. tak mampu lagi nak ke mana-mana. kawan pula mohon aku hantarkan nota ke biliknya. blok sebelah. aku gagahi jua. kesian dia. mesti dia nak stduy juga nota tu. esok kami sama-sama exam. aku melangkah turun perlahan-lahan. satu persatu tangga kuturuni. sesekali bimbang, takut pengsan disini. tergolek-golek nanti..huhu..alhamdulillah, berjaya panjat level 3 dalam keadaan diri sangat rasa nak m _ _ _ _ h! huhu... sampai di bilik, tak tahu apa patut buat. nak hilangkan rasa loya yang amat tu. akhirnya, bentangkan tilam, telan ubat yang doktor bagi masa demam haritu, ada sebiji lagi antibiotik belum dihabiskan. minum dalam 2 3 teguk air.. beberapa saat kemudian,

.........................

.........................

.........................


maka terkeluarlah segala isi perut dengan kuantiti yang sangat banyak... walhal hari ni aku makan sekali je masa lunch! huhuhu......(mesti gelikan baca..maaflah, nak cerita juga!!!).

petang tadi pergi exam, semua tegur wajahku yang pucat lagi tak bermaya. Leah dan Juah kata ''awat seghoh ja muka?".. apa maknanya ''seghoh''? tapi aku menjawab segala pertanyaan dengan penuh ceria. buat-buat ceria? ya! sebab nak masuk exam hall mana boleh sedih-sedih... berbekalkan sekeping roti cicah milo yang aku makan pagi tadi, alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, aku berjaya jawab exam. alhamdulillah. tak keluar awalpun hari ni., banyak sangat jawab? haha..taklah, banyak edit je... Alhamdulillah, apa yang difokuskan, itulah yang masuk. Thank You Allah....

*** terima kasih kepada Farhan dan Tengku yang mengambil berat sehingga turun beratku sekilo harini dan semalam. hehe...

*** terima kasih kepada 'cikgu' yang call saya. maafkan saya 'cikgu'. bukan saya tak nak pergi klinik, tapi saya raya keadaan dah makin ok dan tak nak menyusahkan 'cikgu'. harap cikgu benar-benar tak marah anak murid yang 'degil' ni.

*** terima kasih Ila yang 'pulang ke kampung melawat bonde'. terubat sikit sakit ni...

*** special ucapan untuk Soalhati.....GET WELL SOON! :)

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button