CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

16 September 2008

Perginya sebutir mutiara

Saya tidak dapat menahan tangis. Baru petang tadi suebaik, junior saya masa di SHAMS memberitahu saya cikgu sekarang sedang tenat, cikgu koma, doctor kata otak cikgu juga sudah tak berfungsi, tapi bila dibacakan yaasiiin, jari jemari cikgu bergerak, air mata cikgu mengalir..ya Allah begitu sekali keadaan cikguku… saya terus menerus berdoa moga Allah berikan pertolonganNYA pada cikgu saya…

Baru semalam sahabat saya Nur, berkongsi perasaannya. Kami sama-sama rindu untuk menziarahi cikgu. Apatah lagi dalam keadaannya sebegitu. Tapi apa daya kami……..

Hanya doa dan bacaan Al-Quran yang mampu kami kirim buat cikgu di kejauhan. Itu sajalah yang kami ada.

Sementara menanti isya’ saya berteleku di sejadah. Saya teringatkan luahan hati Ayah kepada Arwah adik Siti Hajar. Setelah membaca kisah itu petang tadi, terbayang-bayangkan suasana saat-saat arwah menghadapi sakaratul maut. Saya cuba menggambarkannya….

Sms dari Nur saya terima,
Akm k.in, cg Fatimah dh xde..dlm kol 7.15 ptg td..al-Fatihah…8.13pm

Innalillah…cikgu………………………
Segala memori bersama cikgu muncul satu persatu dibenak fikiran saya. Walaupun cikgu mengajar saya hanya ketika tingakatan 4, tak banyak yang saya masih ingat, namun masih ada kuntuman-kuntuman nasihat cikgu yang terngiang-ngiang ditelingan saya. Cikgu mengajar saya Bahasa Melayu. Subjek yang saya sangat minati. Cikgu juga kaunselor sekolah. Seringkali saya bertemu cikgu diluar kelas untuk mendapatkan nasihat dan bimbingannya…

Cikgu, semoga cikgu digolongkan dikalangan hamba-hambaNYA yang soleh..
AL FATIHAH BUAT TOH PUAN FATIMAH, CIKGU KU DULU KINI DAN SELAMANYA…..
11malam
15sept2008
Mahallah Safiyyah.

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button