CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

12 September 2008

KEM SOM?

3pagi.
Tak dapat tidur lagi. Walhal tak tidurpun siang tadi. Buat pertama kalinya aku ngadu kat mak masalah aku ni..aku kirimkan sekeping sms buat mak.



Dok leh tido la pullok
Terus ringtone Sami Yusuf berbunyi… ‘bonde memanggil’
Aku pantas menjawab..



alu….
alu…doh bakpe pulok dok leh tido?
Dok taulah..semalang gini gok..
Doh wak mende?
Ni duk ngadak laptop jelah..
Semalang lagi teghuk...penyakit insomnia kot..
Soh be nok ade nyakit gitulah…awok ni….
Hmm…dia maghi sedighi..bukang oghang wak….
Eh kak ing balek biler?
Twenty fifth
Cakap omputeh la pullok…menyampas….



Kemudian kami duk sembang tentang harga kuih raya yang kian meningkat kini. Mestilah, harga barang naik kan…kuih rayapun jadi mahal. Raya kali ni, mak dengan penuh tekad tak nak buat kuih raya! Dok ghok kata mak! Penat sangat2. Dakpelah mak. Anak mak ni tak paksa. Mak bank in duit nak suh aku beli kuih raya yang sedap2. Ai….penuhla bas hismat nanti dengan kuih raya kiriman mak…hehe…tengah sebut2 harga, aku tak dapat tangkap kiraan matematik yang mak buat…seriously tak faham…tahu mak kata apa?



Why u ni lembap sangat matematik…
Yelar..i mateatik memang dapat B..tapi BI i A…that’s why la I speaking selalu..
Elleh, I matematik selalu dapat A….sainspun I dapat A…sebab tu I amik aliran sains sekolah dulu..
Elleh, I sains A jugak….nevermind….i nak buat kelas tuisyen nanti untuk budak2 kampung..nak ajar speaking macam i….



Pastu dua-dua gelak..menyampas! mak kata. Terhibur bila dengar suara mak. Macam tulah kalau sembang anak-beranak. Tak kering gusi dibuatnya..rasa dapat charge skejap! Terus ceria kembali dan nak senyum sokmo bila nak tidur ni…huhu..oklah, dah 3.05 minit. Kena paksa tidur ni. Esok kelas 8 pagi dan ada presentation..



Sebelum tu, terima kasih kat Cah dan kakaknya Eby! Sebab belanja soalhati berbuka puasa di luar harini. For the first time in this month of ramadhan..hehe. mulanya nak berbuka di bilik je dengan cah tapi Eby balik awal dari kursus, so kamipun pergilah berbuka di rumah Eby. Jamah tamar dan kuih muih je dulu. Dah solat maghrib, baru kami pergi restoren dan nikmati nasi! Sehari tak makan nasi tak sah! Hehe.. kami orderlah lauk pauk yang pelik sikit bunyinya..konon nak cuba sesuatu yang berbeza dari biasa. kami order KEM SOM… bunyi macam menarik! Bila makanan dah tiba depan mata, kuning je lauk KEM SOM tu..berkuah….bila dihirup kuahnya…hahahahahahaha…kelakar2…….tahu KEM SOM tu ape??? Lek lek macam ikang singgang hehehe…. Cuma dia letak lebih banyak kunyit dan letak nenas. Ada gak sayur-sayur sikit. Tapi belasah jela. Sedap jugak! Hehe….lagipun orang dah belanja, jangan nak banyak songe! lain kali boleh pergi lagi kedai tu, tapi tak nak order kem som dah! Nak order daun kesom plok hehe...



2 comments:

faridmw said...

salam.. selamat berpuasa.. moga kita diberkati selalu dgn ibadah yang kita lakukan

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

selamat berpuasa juga faridmw..lama tak 'jumpa' :p

.I ♥ Khat.




Grab A Button