CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

10 September 2008

dah 10 hari puasa

Tanpa disedari, waktu berjalan begitu pantas dan kita sekarang telah berada di fasa ke-2 bulan Ramadhan iaitu fasa pengampunan (maghfirah).
Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mengaut imbuhan pada fasa pertama (rahmat), maka bersegeralah bangkit semula untuk mengejar dan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya pada fasa ke-2 ini.
Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah pada waktu ini. Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya. Banyakkan membaca doa ini :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا
Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa
Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami.

Terjemahan perkataan :
اللَّهُمَّ (Allahumma) - Ya Allah
إِنَّكَ (innaka) - sesungguhnya engkau
عَفُوٌّ (’afuuwun) - pemaaf
تُحِبُّ (tuhibbu) - menyukai
العَفْوَ (al-’afwa) - kemaafaan
فَاعْفُ (fa’fu) - maka maafkanlah
عَنَّا (’annaa) - dari kami

Bestkan tazkirah ni? simple dan kitapun mudah faham...aku kat lab sekarang ni. kelas social anthroplogy cancel. syukur..huhu teruk betul. bukan apa, semalam aku insomnia lagi. 5.30 pagi kot baru aku dapat lena. kelas plak kul 8pagi dan midterm exam. tapi aku dengar kawan-kawan cakap semalam exam senang je. jadi kurang sikit kerisauan yang singgah dihati. sepanjang tak dapat tidur tu, banyak yang aku fikirkan. hati mengadu..."ya Allah, kenapa aku payah nak tidur?".

Sepanjang masa tu juga ada sahabat-sahabat yang 'bergilir-gilir' menemani aku. seorang sms dari kul 11 malam hingga-3pagi. bila dia dah nak sorongkan bantal, yang lain pula sms aku. dalam 4.30pagi,lagi sorang sahabat sms aku. semuanya banyak memberikan kata-kata semangat pada aku. nasihat, sharing moments..terharu rasa. walaupun tak kuceritakan masalahku yg sebenar pada mereka. terima kasih Cik Farhan, Cik Ila dan Puan Zaiti. akhirnya aku membuat kesimpulan sendiri, maybe aku payah tidur, sebab Allah nak aku tingkatkan amalan di malam hari kot... lebih dekat denganNYA. selangkah ku rapat padaMU, seribu langkah KAU rapat padaku. waktu-waktu sebegitukan waktu yang paling tenang, aman, sunyi..jadi sangat baik jika kita taqarrub(dekatkan) diri dengan PENCIPTA kita....kan?kan?kan?

Sementara tunggu kelas kul 10pagi. langkahku pantas ke masjid. solat dhuha elok juga ni...tapi akhirnya..... aku merebahkan diri dan tidur di tengah-tengah mereka yang sedang mengaji Al-Quran....aahhh....sedapnya. sambil nak tidur, ada orang tolong ngaji..hehe. orang kata kalau kita dengan orang mengajipun, kita dapat pahala sama. that's why lah aku cari port tu. hehe...sedar2, terlelap juga dalam 15minit. cukuplah untuk kumpul sedikit tenaga ke kelas seterusnya yang menuntut aku untuk sentiasa responsive di dalam kelas tersebut! Prof aka Pak Aris banyak betul tanya soalan.....tapi aku suka! tak jadilah mengantuk sangat. tetiba jadi seorang pelajar yang sangat 'cakap banyak' dalam kelas hari ni...hakikatnya, akulah yang paling mengantuk! huhu. tapi bila participate dalam kelas, hilanglah kemengantukan itu hehe.

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button