CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

09 August 2008

080808 di masjid shas UIAM

'Pasangan Rock' hehe..Lee dan Fuad. Akhirnya memilih menamatkan zaman bujang ketika masih belajar..tapi dah final sem dah..inshaAllah

Tok kadi baca doa moga dikurniakan isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah..

Salah satu hantaran sebelah perempuan..terliur plak!

Keluarga kedua-dua pihak pengantin...

Cantik kek ni......
Tema ungu!

Lee...berdebar menanti diijabkabulkan...

Suka hatinya Fuad dah selamat akad nikah!

'nughul' hehe...member katil atas aku.. ;P yang paling banyak support masa nak majoring psychology. Tapi akhirnya tak berjaya juga...

Ada & Fara kecik..ex-roomates masa 1st year dulu..kami sebilik dengan lee:)

Tercatatlah sejarah dalam kamus hidup lee dan fuad hari ni. Tanggal 080808. Ramai yang memilih tarikh ini untuk dimeterai ikatan perkahwinan. Alhamdulillah, dengan 2 kali lafaz, lee selamat bergelar ratu hati buat fuad. Syahdu apabila tok kadi memohon ayah lee sendiri untuk menikahkan mereka berdua. Tak kadi kata “ini sebagai melepaskan tanggungjawab terakhir kepada fuad, sebagai bakal suami liyana…” masa ni air mata dah mula bergenang… si pengantin lelakipun sama. Pastinya sebak. Tambahan pula dia dah sob seb sob seb selsema. Dalam 10.05malam, sah! Sah! Doa di aminkan… lebih syahdu lagi, apabila bapa si pengantin lelaki tak dapat menahan sebak di dada. Terus menangis sampai tersedu sedan. Tak sangka aku… apakah perasaan sebenar mak ayah tatkala melihat anak-anak kesayangan mereka selamat begelar suami atau isteri? Sukar ditafsirkan… namun si ibu tetap cool.. mungkin hanya memendam rasa.. apapun, jodoh dah sampai, ikatan yang halal lagi berpahala ini eloklah disegerakan jika tiada aral melintang. Duk couple lama-lama, bahaya juga..apatah lagi kalau sering dapat bersua muka.. Alhamdulillah, aku syukur sangat bila lee sms,

“ain, datanglah,kita nikah esok…tak panggil ramai orang tau…datang ye..”

**terkenang plak masa sebilik dengan lee dulu. selalu dia masak untuk bakal husband dia masa tu..dan aku, tukang rasa yang setia memberikan kritikan membina..hehe...

6 comments:

MofiR said...

rajinnya bonda pergi tgk orang kawin nie... bonda pulak bila lagi??? uhuk2...

Nurul 'Izzah said...

Ha..btl la yg ni..izah ingat muka dorang, tapi kok lupa namanya.. :p

APe2 pun, TAHNIAH buat mempelai..

Barokallahu lakuma wa jama'a bainakuma fil khair.. =)

Mohd Syauqi said...

setinggi2 TAHNIAH

SoalHati said...

mofir,
nanti bonda fikir2kan bila tarikh yang sesuai ye..kalau kwn bonda 080808,,,bonda nak 101010 kot :p

shinta said...

Barokallohu laka Wa barrokallohu 'alaika...
Selamat menempuh hidup baru semoga berbahagia...
Kapan nih cahaya mata kemuliaan agama menyusul....? :)

SoalHati said...

mbak,
kapan menyusul? selepas mbak:) hehehe


.I ♥ Khat.





Grab A Button