CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

24 June 2008

"ujian dunia je kak..."

Assalamualaikum kawan-kawan, apa khabar?senyumkenyit

Aku alhamdulillah sihat... apatah lagi jika berada di rumah, bertambah-tambahla sihat dek hati yang berbunga dan riang gumbira selalukenyit Aku nak share sedikit pengalaman aku sepanjang belajar kereta di institut memandu yang berhampiran saja dengan kampus kesayanganku.love 10minit saja, dah sampai sana. tapi bukanlah aku nak ceritakan perihal institut memandu tu yang sentiasa penuh dengan student nya... sampai beratu-ratus orang setiap kali ada ujian memandu...penat nak tunggu giliran...sigh

Lepas test memandu tanggal 18jun2008, aku ingatkan aku dah boleh teruskan dengan lesen motor pula. tak perlu nak belajar kereta lagi sebab dah tamat. dah dapat P! tapi nasib tak menyebelahiku..nangih rezekiku untuk lulus sepenuhnya dalam ujian memandu pada hari tersebut, tiada... aku terkandas masa ujian mendaki bukit! memang aku tak sangka. sebab masa belajar, aku rasa part bukitlah aku dapat buat dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. memang masa belajarpun, cikgu lebih fokus pada bahagian parking. sebab aku payah betul nak ingat 8step untuk parking tu. mujur cikgu memahami kesukaran yang ku alami, sebab aku siap buat note dan letakkan note tu dalam keretasengihnampakgigi lepas tu cikgu ajarkan parking yang hanya mempunyai 4 step! ya, lebih mudah alau ikut step yang baru tu. malam sebelum hari kejadian, aku asyik menggambarkan step-step untuk parking. tapi itulah, takdir Allah... masa test, aku kecut perut giler....gigil

Macam-macam pesanan aku dapat dari mak, abah, pakcik, cikgu dan kawan-kawan, termasuklah yang sudah mengalami dan belum mengalaminya. abah kata bawa kereta macam nak pergi jalan-jalan makan angin, pakcik kata jangan takut,JPJ pun makan nasi jugak, cikgu pesan solat hajat dan solat dhuha sebelum pergi test pagi tu, kawan-kawan pesan selawat banyak-banyak, doa..hembus-hembus kat pakcik JPJ..banyakckp

Bila babak pertama aku dah terkandas, yakni babak mendaki bukit tu... aku dah rasa down sangat. tensionrasa terus nak balik kampung! tambah pula dengan hujan yang semakin lama semakin lebat. lebatnya menyamai dengan hujan dalam hatiku. namun tak dapat ku alirkan kehujanan ini dek kerana masih perlu berada di sana. meneruskan perjuangan untuk ujian bahagian jalan raya. ya Allah, hujan lebat.. moga-moga giliran aku nanti, hujan reda sedikit.. Tolonglah aku ya Allah..Lembutkan juga hati encik-encik JPJ tu...doa

Alhamdulillah....murah rezeki Tuhan. aku lulus bahagian jalan raya. sekalipun ada beberapa rintangan yang terpaksa ku tempuhi bersama pakcik JPJ yang berhati mulia itukenyit masa aku test tu la orang nak baiki jalan lah, bas banyak kali berhenti ambil oranglah..lopak-lopak air yag perlu dielaklah... hari lain tak ada pula nak baiki-baiki jalan tu...ketukmeje

Apapun, aku redha... memang bukan rezeki aku untuk test sekali je! terpaksalah keluarkan wang lagi untuk retest bulan julai nanti. minta maaf mak dan abah..anakandamu ini terpaksa menuntut agak benyak perbelanjaan kali ini... terima kasih kepada pakcik dan juga cikgu yang telah mencurahkan ilmu kepadakusenyum aku dapat rasa pelbagai hikmah disebalik mengikuti kelas memandu bersama mereka. bukan sekadar ilmu memandu, tetapi juga ilmu-ilmulain..seperti berani, sabar, hati-hati, redha, pergantungan padaNYA...dan paling terkesan pada aku bila pakcik mengajarku erti..........
"ala kak...tak payah nak sedih-sedihlah...ujian dunia je kak...."
terus aku sapu air mata yang bertakung di tubir mataku...sedih

5 comments:

shahril aley said...

u can do it gal....

all the best
jangan cepat ngalah ye :)

Anonymous said...

ain,
biasala tu...test jpj mmg xsah klu skali jek..tp 2nd test nnti mesti senang gile nk lulus..=,)

hAiRiL/spiderman_pink said...

rilek ah kak. kiter pun test sampai 3 kali. kalau dah memang rezeki nak dapat tu, drive macam speedracer pun mesti dapat punya! usaha, tawakkal, insha Allah!

Dr Kadir said...

kat mesir ni pun test 2 kali. first time failed di mesir. Moga tak fail2 lagi lepas ni insyaAllah...

btw gud luck next time

SoalHati said...

shahril aley-->
arigato gozaimas! aja aja fighting! :)

miss hareere-->
2nd test pun amber debor..sebab aritu baru takat bukit..parking dok lagi..tapi dakpe, amber try do tge best!

hairil-->
3kali?part mana tu? betul tu, kadang2 kita rasa dah cukup baik dah, tapi rezeki jugakkan... redha & sabar jelah:)

Dr.Kadir-->
harap2 ana pun sama mcm tobib, CUKUP SETAKAT 2x huhu. yg jd sedih sgt bukan apa, masa tu duit agak terdesak. bila dpt jpj kata fail, terus terbayang rm 100 melayang-layang ke udara....:(


.I ♥ Khat.





Grab A Button