Kemudian kami ke kenduri sambut menantu.. kak Che Nah pun terkejut dengan kehadiran kami! Yelah, kenduri belah dia tak pergi plak. Tetiba datang kenduri sebelah husband dia hehe. Nak makan lagi ke ni? Makanlah..sebab kat kenduri syahad makan sikit je:)) memang dah budget dah hehe…
Nak ke mana lagi? Memandangkan ketiadaan saudara mara di Kuala Terengganu ni, cikgu-cikgupun bz2 blake untuk kami menumpang teduh dirumah mereka, kami ke mydin untuk window shopping. Kemudian, kami ke Masjid Kristal buat pertama kalinya. Selama ni tengok gambar je dan banyak mendengar khabar orang… lalulah Taman Tamadun Islam tu. Tapi nak masuk kena bayar RM 10 bagi dewasa. Tak jadilah, kamipun kepenatan yang amat. Cukuplah mengambil gambar dari luar pagar je. Lepak-lepak di sekitar masjid sehingga maghrib.
Cantik.. memang cantik masjid tu. Ramai yang datang melawat… ambil-ambil gambar. Dari situ boleh Nampak jelas jambatan..ish, tak ingat plak namanya. Huhu orang Terengganu doh tapi dok kenal mana negeri sendiri. Bukan apa, jarang skali aku turun KT ni. Saudara marapun tak ada. Mujurlah dapa masuk SHAMS, jadi start daripada tulah kenal sikit-sikit KT ni. Kalau turunpun, aku hanya melawat SHAMS dan area-area berdekatan sahaja(rumah-rumah cikgu dan sahabat)…
Kat situ juga orang ramai berpeluang menikmati panorama senja. Lihat sang mentari terbenam perlahan-lahan. Bila malam hari, masjid tu akan berubah-ubah warna. Lip lap lip lap….pink, hijau, biru, kuning….macam-macam…ala-ala funfair plak…Masuk waktu solat, masih ada yang bersiar-siar di perkarangan masjid. Melihatkan keramaian orang sebelah petang tadi, ku fikirkan pasti ramai juga yang akan solat maghrib berjemaah…
Owh tidak sama sekali. Satu sof muslimat tu, separuhpun tak sampai makmumnya! Dimanakah manusia tadi? Masih diluar, sakan bergambar. Bila difikirkan kembali, apa fungsi masjid sebenarnya? tempat ibadah bukan? Kalau dah sekadar menjadi ‘bahan pemeran atau pelancongan’…tak mengapakah? Mungkin sebab inilah Aishah sahabat saya mengatakan “ni masjid tempat bewok (biawak) solat…!”Pukul 10 masjid kawasan masjid akan ditutup. Kamipun beransur pulang. Menuju ke stesen bas KT untuk pulang ke kampus semula. Tiada ketenangan ku temui di masjid sana….
p/s:
Terima kasih diucapkan buat driver yang setia sepanjang perjalanan pulang ke KT dan 2orang co-pilotnya yang boleh dikatakan tidur sepanjang perjalanan;)
Terima kasih juga buat Cah yang dah ku tempah awal-awal untuk menemani kami sepanjang berada di KT:) Jasamu dikenang! Jumpa lagi cuti sem ni yep!
7 comments:
Barokallohu laka wa barokallohu a'laika... doa untuk sang pengantin....
wah syahad dah ikut jejak langkah ku..huhuhuhu
Pn idotpearl ni
nape puan idot x letak nama...
jeles betul dengan puan-puan sekalian huhu..tapi apakan daya, setiap orang punyai jalan cerita berbeza(ku masih ingat nasihatmu yong)
salam cik adik..wah cantiknya syahad..bagi pinang di belah dua..dah kawen sorang lagi..baru macam smlm je duk borak2 ngan syahad psl jodoh..tup tup syahad dah kawen dah..moga mereka berdua kekal hingga ke akhir hayat :) ameen :)
waalaikummussalam cik long...hehehe.pasni sape plak menyusul?jangan tunggu lama2:)
waa..kak syahadah da kawen~tahniah buatnya :)
Post a Comment